Friday, September 26, 2008

Shopping @ IOI Mall & Break fast @ Secret Recipe



Sempat bershopping sikit kat IOI Mall. Bukannya shopping utk. raya, tapi
shopping pakaian kerja...
Then, berbuka puasa di Secret Recipe. Most probably, ini last berbuka di luar.
Esok balik kampung..ye ye ye.. Read More...

Thursday, September 25, 2008

Puding roti berkismis


Hari ni sempat buat puding roti berkismis untuk buka puasa. nyum! nyum!

Bahan-bahan
1/2 buku roti
Sedikit mentega
4 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
Esen vanilla
Kismis
Sedikit garam
Sedikit serbuk cinnamon & nutmeg ( ikut suka )

Cara2
Potong 4 setiap keping roti dan sapukan mentega.
Susun kepingan roti dalam loyang, taburkan kismis pada setiap lapis.

Pukul telur dan gula sampai kembang.
Campurkan susu, esen vanilla, garam, serbuk cinnamon & nutmeg.

Tuangkan campuran ke dlm loyang,
Pastikan roti terendam atau teresap dgn. campuran bhn2 yg dituang tadi.

Bakar pada suhu 165 C , selama 25-30 minit.

Selamat mencuba! Read More...

Wednesday, September 24, 2008

2nd pregnancy but this time was an ectopic












17 Ramadhan ( Nuzul Quran )/ 17 Sept. 2008,
Period dah lewat seminggu. So, kitaorg decided to buy pregnancy test kit. Alhamdulillah +ve. Happy a bit.

18,19 Ramadhan/ 18,19 Sept. 2008
Perut sakit menyucuk mcm. byk angin. Tapi gagahkan pegi kerja.

20 Ramadhan/ 20 Sept. 2008
9 am, Pegi Columbia Asia untuk confirmkan pregnancy. Unfortunately, it was an ectopic pregnancy. Ya Allah! Tuhan saja yang tahu....Dr. advised buang cepat sbb. kalau makin besar nanti boleh burst. Alhamdulillah ada insurans cover. Same day, terus admitted for laporoscopy surgery pukul 12 tghari. Actually, pukul 1 baru masuk operation room. Sebelum tu dah inform all family members. Nervous dan mcm2 untuk pertama kali kene surgery. Ashraf x boleh masuk tengok. Masa masuk bilik operation, kene cucuk kat tangan untuk pasang 'drip'. Sakit. Lepas tu kene sedut oksigen, lepas sedut dlm 4x, trus x sedar dah.
Tau2 jaga2 dah balik kat bilik 'stable'. Sakit kat perut. Nak bukak mata kejap2 aje boleh. Tapi boleh dgr. org bercakap tanya sakit kat mana. Mayb. dia bagi pain killer, sbb lps tu x rasa sakit sgt. Kemudian, kene tolak keluar, baru jumpa ashraf balik. Alhamdulillah.
Then, masuk bilik balik...masa tu masih x sedar sepenuhnya, tapi boleh nampak ashraf duduk kat sebelah katil. Dalam pukul 4 ke 5 ptg, makin sedar...Tengok perut ada 3 plaster. Maknanya ada 3 lubang yang dr. tebuk. Dr. dtg. dan explain a bit tentang apa yang dia dah buat. Details boleh tengok dlm dvd yang dia akan beri.
Hari ni mmg confirm x boleh puasa, psl sblm surgery dah kene makan ubat 'pain killer'. Lepas surgery, period dah mula datang.
Malam dalam pukul 9, PIL sampai dari Alor Star. Sembang sikit2..Alhamdulillah x rasa sakit sgt, cuma sakit bila bergerak saja. Nak pegi bilik air pun boleh pegi sendiri...
So, terbaring je la, dan tidur 1 malam di hospital. Disebabkan 2 bedded punye bilik, ashraf x boleh teman psl ade org lain sebelah. Takpe. tv ade utk menghilangkan keboringan. Anyway, pukul 10 dah tutup semua tv dan lampu. Tidur. Bukan boleh gerak byk pun...tidur je la jwbnya.

21 Ramadhan/21 Sept. 2008
Pagi2 Dr. dah dtg melawat, dia benarkan balik hari ni. Lepas breakfast, lunch dan settlekan psl insurance dan payment. Balik. Alhamdulillah.

Nampaknya, kali ni xde rezeki lagi. Dah 2 kali pregnant, tapi masih belum ada rezeki. Rasa mcm. dah x sanggup dah, harap2 ada rezeki untuk kali ke 3 dan seterusnya.
Allah saja yang tahu...

*tengok dvd surgery 2x. ngeri.... Read More...

Friday, September 19, 2008

Memori morning assembly


Mungkin ini kali terakhir aku menjejak kaki ke ruangan ini. Ntah tiba2 rasa mcm syahdu bila lalu kat sini. Dulu, kat sini la tiap2 pagi kami akan berkumpul dan berbaris menyanyikan lagu syarikat, membaca/mendengar falsafah syarikat yang dibacakan bergilir2 mengikut department. Dulu2 bila sampai turn ISD, masing2 akan sibuk cari artikel/ short stories kat internet buat modal nak cakap kat depan bila dah sampai giliran masing2. Org yang paling dulu sekali selalunya Ms.Wong lah pasal dia sentiasa well prepared dgn articles hehehehe....

Kalau org. lain mesti janggal dgn budaya kerja org jopun mcm ni....tapi, bila dah keje dan melalui semua tu, baru rasa sebenarnya byk +ve values yang kita boleh ambik dr. budaya syarikat jopun ni. Salah satunya, morning assembly ni menggalakkan kita bersenam sebelum memulakan tugas supaya badan sihat dan cergas, peringatan dari 7 prinsip pun menanam nilai2 murni utk setiap individu. Morning assembly ni jugak rasanya telah menjadi satu medium bagi merapatkan hubungan pekerja antara satu sama lain.

Syahdu gak bila ingat seme tu...

Lepas ni, taktau la bila pulak rasanya dapat datang sini. Kalau kitaorg tak kene pindah S.Alam, rasa2nya, sampai skrg aku masih dan rela untuk trus berkerja kat sini..Sedih bila tengok kat luar syarikat ni, dah ade papan tanda besar "FOR SALE". uwaaa...uwaaaa....
Hari ni aku dpt masuk ruangan ni pun sebab ade urusan psl berhenti kerja short notice hari tu.
Pasal semua urusan dah settle la aku rasa mungkin lepas ni aku xkan ada peluang lagi untuk datang sini. Anyway, kawan2 yang dulu sama2 bekerja kat sini pun dah byk yg membawa haluan masing2. Ada yang pindah ke S.Alam dan ade yg berhenti ambik VSS.

Aduh...sadis!!!!.... Read More...

Wednesday, September 17, 2008

1st kuih raya for 2008





Hari ni cuti am sempena nuzul quran. Tapi ashraf x cuti le pulak...

Hari ni lepas sahur dan solat subuh, trus ke dapur prepare bahan2 untuk biskut lemau aka chewy out with raisin. tung tang tung tang finally dpt 4 tray lebih kurang 120biji...fuh!! penat gak..tapi puas hati la psl seme menjadi. so far kuih ni mesti buat tiap2 tahun sejak kahwin ni...psl senang. Bahan2 pun bleh cari kat Bake with Yen bandar puteri...so jalaannnn.
Kalu x posa, mau lepas dah seketul dua masuk dlm mulut. nyum! nyum!...kuih ni yg special nya psl ade oat,raisin dan ade rasa cinnamon+nutmeg...fuh!
Sapa nak rasa sila jemput dtg rumah beraya yeee.... Read More...

Sunday, September 14, 2008

Sahur kat mamak




Hari ni ntah ape cerita, malas nak masak dan gi bazar ramadhan..So, kitaorg decided untuk sahur kat luar. Pukul 4.30pagi bangun, siap2 ala kadar, gerak gi restoran mamak kat putra perdana. Tak ramai sgt org sahur kat luar rupa2nya. Kitaorg pesan roti sardin, roti kosong and nasik lemak. Boleh la...lalu gak le makan. cuma ada pedas sikit... Read More...

Saturday, September 6, 2008

1st week Ramadhan

Takde ape yang menarik pun dalam seminggu ni. Keje 4 hari psl monday 1st Sept. dah cuti. Pastu puasa mcm biasa la..Sahur subuh2 pukul 5 pagi, keje, balik keje, bukak puasa pukul 7 lebih, terawih pas isya, pastu buat keje sikit2 atau kadang2 tak buat apa pun...bukak internet, check email,facebook bla..bla..bla...dah ngantuk. Kdg2 tu sambil tengok tv pun dah trus terlelap x sedar. Pastu sambung balik rutin yang sama keesokkan hari nya.
Buat masa ni, belum sempat lagi terawih kat masjid BBP2 yg baru di atas bukit nun..Ashraf pun baru gi sekali terawih kat sana. Dia kata view mmg cantik dr. atas bukit tu, psl boleh nampak almost the whole puchong...Mmm..nanti lah.

Ashraf dah tender resignation letter, lps raya dia start kat Accenture. So, nanti boleh la pegi keje sekali, dia antar dan ambik...psl on-the-way. Gaji pun not bad at all..tapi. Mmm..ntah la..dlm masa yang sama, 16hb ni dia ada interview Pegawai IT kat putrajaya...keje dgn gomen. Kalau dapat, maknanya gaji nya mungkin kene reset balik.....makna nya jugak, bini mmg kene keje la jawabnya. Nak bayar rumah dah kete , makan, insurans bla..bla..lagi...aiseh...x cukup tu kalau gaji kene reset.
Aku bila nak dapat keje gomen ni?? mintak, tp. x dpt2...exam dah 3 kali dah pegi..KPLI pun tak dapat. Dah tua sangat kut....

Takpe la....insyaAllah ade la kut rezeki later....Ataupun ashraf dpt gomen, aku keje la swasta. Keje gomen ade pencen, benefit pun best2..so, kalau dpt mmg rugi gak x ambik. Tengok la mcm. mana Allah nak aturkan. Cuma harap2 akan sentiasa dimurahkan rezeki..Amiiinnnnn...

Hari ni survey HTC Touch Pro....

fuh!!! RM3099 tu....cuma dpt 1 GB memory card je...aiseh. Tangguh dulu la...tunggu ujung bulan..bila dpt gaji baru..wah! wah!
Kalah le samsung omnia ashraf huhuhuhuhuhuh....





Then, ari ni wat spaghetti bolognese favourite ashraf...esok sahur pun spaghetti jugak le jawabnya. Ashraf cakap ' Abang x kisahhhhhhhhhhhhhh....' hehehehe
chow Read More...