Wednesday, December 2, 2009

Coretan kenangan haji 1

Hari ni dah 16 Dzulhijjah 1430H ye.....maknanye dah 3 hari habis hari Tasyrik...
maknanya jugak, ramai jemaah haji dah selamat mendapat title haji dan hajjah.
Kecuali la kut2 ade yg belum habis period....terpaksa la tunggu period habis baru boleh bertawaf & saei haji...seterusnya bertahalul. Tamat lah segala 13 pantang larang ihram.
syabas! dan tahniah...
juga untuk PIL (Parents In-Law) ku....

Rasa2nya, aku x pernah tulis kat mana2 pengalaman aku mengerjakan haji 5 tahun lepas...
Kalau nak tulis betul2 mmg pjg gilos kut.....dan tak larat.
Aku belasah tulis aje la yg mana aku ingat...
Kami bertolak dgn KT8. Kiranya antara KT yg terawal lah, iaitu hari ke-2 jemaah haji malaysia mula bertolak ke Tanah Suci pada tahun 2004/2005. Masa tu 15/12/2004. Kira kami pegi haji 2 tahun la...psl balik pada tahun 2005 hihihih....Kami pegi dgn Pakej Fairuz TH Travel. ( Masa tu +-RM16K sorang, lani dah jadi RM30K....perghh!!! gi la cepat2 buat haji sblm kos makin tinggi!!!!!)

Kenapa aku ingat tarikh aku pegi tu? sebab 16/12 adalah hari lahir aku :).....
So, bila flight ( Saudi Air) touched down kat airport Madinah ( bukan Jeddah ye ) di subuh2 hari tu adalah hari lahir aku 16/12/2004....so, musti ingat lah!
Actually, ada seorang jemaah batch aku KT8 tu meninggal lepas elok turun dr. flight. Terkejut juga, tapi dah sampai waktu, siapa boleh menghalang....innalillah.
Lepas proses cop passport haji dan everything, kami naik bas pegi ke hotel.
Nama hotelnye Hotel Mawaddah....kalau x silap, kami dapat bilik di tingkat 4.
So, xde la tinggi sangat bila terpaksa guna tangga incase lift full.
Start solat zuhur, kami pegi la ke masjid Nabawi.....fuh! mesti la cantik...
Memandangkan kami antara KT yg terawal, saf pompuan pun cuma ada dalam 2 baris je.....tapi panjang la saf tu...memang seronok lah..
Masa tu pulak musim haji jatuh pada musim sejuk, siang pulak lebih pendek dari malam.
So, solat zuhur pun dalam pukul 11 lebih kalu x silap. begitu la jugak asar, maghrib & isya....kira cepat lah waktunye.....kalu x silap kul 5 lebih dah maghrib dan isya dlm kul 7 kut...lupa dah!
Jarak dari hotel ke masjid x jauh....cross 1 jalan depan hotel, then..jalan sikit cross kedai dah sampai pagar masjid...bila hampir masuk waktu, tuan kedai akan tutup kedai dia. bila habis solat, dia buka la balik.
Bangunan hotel kami duduk tu pun dia mcm complex yg ade sekali kedai2 dan bazar. Memang org cakap rambang mata jugak lah bila keliling dan laluan ke masjid kena lalu kedai. Itu belum termasuk org2 yg menjual atas tikar bentang tepi jalan saja.
Ade la sekali tu, aku beli iron kecik , untuk kemudahan travel la kan.....tapi baru first time pakai dah meletup...isk isk isk.....aku rasa made in china kut. Actually byk gak brg2 yg dijual tu sbnrnya made from china or negara2 lain.

Lagi satu, bila kat masjid Nabawi ni, kita mesti la nak ziarah makan Rasulullah dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar al-Sidiq dan Saidina Umar Al-Khatab. Dari luar, kalau nak tahu kedudukan makam2 ini ialah ia terletak di bawah kubah hijau. Kalau korang biasa tengok masjid nabi dalam tv or dlm gambar. Kalau korang nampak kubah warna hijau tu, yg tu lah....yg lain, kubah2 nye jenis yg boleh bergerak dan terbuka tu.....kalau korang pernah tengok azan kat tv3, dia ada tunjuk kubah masjid Nabawi terbuka perlahan2 menunjukkan langit yang terbentang di atas sana....fuh! best.....terasa angin masuk ke dalam masjid. Lebih seronok bila kita berada di bawah kubah tersebut...
Lagi satu, kawasan yg kita perlu ziarah dalam masjid Nabawi ni ialah kawasan Raudhah ( Taman Syurga ). Kalau x silap, dulu, ini kawasan Nabi S.A.W. berulang alik dr rumah ke masjid. Nak kenal kawasan ni ialah is ber'karpet' warna hijau. Kawasan Raudhah ni terletak di bahagian solat lelaki. Jadi, lelaki boleh pegi Raudhah bila-bila masa. Tetapi perempuan boleh pegi ikut jadual yg ditetapkan setiap hari.
Aku sempat pegi 2 atau 3 kali ( x ingat )....tapi ade sekali tu, aku terpaksa tunggu berdiri 1 jam lepas solat subuh, tunggu didepan pintu sempadan yg akan dibuka membuka kepada laluan untuk muslimat terus ke Raudhah. Masa tu mmg jemaah dah ramai kat Madinah dan semua org berebut nak masuk Raudhah, so, terpaksa la awal tunggu depan pintu tu. Berdiri pun berdiri laa...sempat jugak berkenalan dgn seorang jemaah haji dr Turki. Tapi kenal kat situ je la, pastu xde la contact dah.
Then, di Madinah, kami jugak dibawa menziarah Masjid Quba', Qiblatain, Jabal Uhud, Pasar Kurma.....x ingat ade lg tak tempat lain yg kami pegi....( wah! ingatan ku semakin lemah...)
Sebelum lupa, kami juga di bawa melawat perkuburan Baqie di sebelah masjid. Banyak sahabat2 , isteri2 dan anak2 Rasulullah s.a.w. yang dikebumi di situ. Masa baca doa di situ rasa sayu dan syahdu sangat.

Semasa di Madinah jugak, aku sempat berpuasa 1 hari. Walaupun waktu siang pendek, tapi mmg agak letih sikit. Mungkin sbb. consider 1st day puasa lah kan.

Lagi satu, kawan aku Adzha ( member KSRJ ) pun kebetulan menunaikan haji pada tahun yg sama. KT dia tiba selepas seminggu dr. KT kami. Jadi sempat jumpa dia dan had dinner sama sekali pada 1 hari.
Di Madinah, kami tinggal selama +-10 hari. Cuma terkilan sikit, x dpt cukupkan solat 40waktu di Masjid Nabawi disebabkan period. Terima aje lah segala suratan, lgpun setiap yang berlaku ada hikmahnya........

2b continued...

0 comments: