Wednesday, April 29, 2009

Kesihatan yang semakin baik..

Alhamdulillah.
Kesihatan dah semakin baik.
Mungkin berkat air penawar Darussyifa' dan Air zam zam dari mak abah Alor Star.
Tak sangka pulak MIL trus beli tiket bas lepas jam mengadu tak larat keje melalui SMS.
Malam jumaat minggu lepas diaorg sampai.
Mak bapak biasa la...x senang duduk agaknya bila anak menantu dia sakit.

Tak larat memang le x larat jugak...tapi on & off.
But sempat jugak bwk mak pegi Ikea, Butik Sri Munawwarah, Subang Parade, Sunway Pyramid.
Lagipun x boleh dilayan sangat badan yang tak larat ni...Nanti lambat nak sihat nya.

Alhamdulillah...minggu ni boleh bekerja dengan agak selesa...
Keje pun makin bertimbun pulak....wah wah wah...
Mau jatuh sakit balik..isk...harap tidak.

One thing for sure, jam kene makan selalu...
Setiap jam at least kene mengunyah makanan.....
Kalau tidak, takut angin kus kus datang menyerang lagi...
kemudian meleret kepada pening dan muntah-muntah which is very menyiksakan.....
Kene ubah cara hidup iaitu dengan ubah diet pemakanan...dan maybe juga tambahkan lagi ibadah kepada yang Maha Esa.
Mungkin sakit yg diberi, adalah sebagai satu peringatan. Read More...

Monday, April 20, 2009

Kesihatan yang hilang....

Kadang-kadang kita tak sedar betapa pentingnya kesihatan untuk kita jaga sampai la kita merasa kehilangannya.
Semuanya bermula dengan aktiviti Treasure Hunt dan so called "Team Building" pada 20-21 March.......nak dijadikan cerita...ramai pulak yang terjebak dengan food poisoning selepas terlibat dengan aktiviti 'paksa rela' tersebut...termasuklah aku sekali.
Sejak dari hari pertama, masa on the way ke cherating....perut dah mual semacam dalam kereta, sampai RnR terus muntah berlambak2.....Tuhan saja yang tau siksanya..peningnya...
dengan terpaksa memerah otak menjawab soalan treasure hunt yang banyaknya mengalahkan treasure hunt public yang kat luar nun...
Aku memang suka treasure hunt, tapi frankly speaking...bukan treasure hunt yg dipaksa dan diatur sebegini rupaaa....ooohh pleasee.....
Lupakan cerita treasure hunt.

Bermula minggu tu, tiap2 minggu mesti ada mc...semuanya disebabkan badan yang jadi macam tak betul...asal salah makan sikit..muntah berderet2 tak hingat punya. Letih dan lembik bila makanan dipaksa keluar dari badan...sampai kering rasanya badan ni.
Jumpa doktor siap dapat injection kat bontot dua kali. Tapi baiknya hanya sementara....
Doktor pun dah give-up dan suggestkan kami ke specialist.
So, sabar lah dulu untuk seminggu cadangnya nak jumpa specialist on weekend.
Tapi, hari khamis 16 april , pagi2 dah terpaksa pegi jugak jumpa specialist kat columbia asia..sebab malam smlm nya diserang muntah2 yg teruk lagi.
Nak tunggu weekend mmg dah tak sanggup dan x larat.

Bermula lagi satu penyiksaan di hospital, belum jumpa doktor dah disiapkan untuk ambil urine dan blood untuk test. Bagus dan cekap doktor2 pakar hospital swasta ni ye...
Kene tunggu pulak 1 jam untuk dptkan result blood n urine test. Pukul 11 pagi baru masuk jumpa physician, nampaknya result darah dan urine semua negative. Doktor pun tak dapat nak buat conclusion lg sebab x nampak ada tanda2 yg tak kene pun dr result tu. Tapi disebabkan history aku pernah kene ectopic and miscarriaged, physician pass ke gynae dulu just untuk double confirm yang kes ni xde kene mengena dgn mengandung or whatsoever yg berkaitan. Padahal result urine & blood mmg dan confirm tak pregnant.
Sampai ke gynae, dr. scan ovary & uterus everything clear & normal. Then, pass balik ke physician....
Finally dr. advised to be admitted for further checking & monitoring...
Nak tengok progress and responds to medication.
Haiyoooo.........bende yang paling taknak kene jugak dilalui...
Trus admit dan dipasang drip...
Belah petang kene inject ubat 2 jenis melalui drip, punya la sakit nurse tu inject....sampai kebahu sakitnya....Alhamdulillah xde muntah petang tu.
Sebelah malam dr. datang melawat dan inform kene buat ultrasound sebelah pagi esok.
So, x boleh makan lepas 12mlm...
Ashraf pun dah balik.
Perut lapar yg amat...tidur x boleh...
I didn't care...i called nurse...asked them to give me food. I am totally hungry..psl makan malam tadi x lalu...
Nurse benarkan minum milo saja. Ok fine..
Pukul 1.0 am, call nurse lagi...I need sleeping pill...i cannot sleep.
Dapat....dalam kul 2 terlelap..but then...4.0 am dah jaga and tak boleh tidur dah...
Ooohhhh siksanya rasa..
esoknya pukul 9 pegi buat ultrasound, tak larat sangat dengan perut yg lapaq dan kencing pun x boleh. pasal ultrasound lebih elok time full bladder katanya.
lepas settle ultrasound baru dapat breakfast bubur. tapi masa dah terlambat, angin dah mula masuk badan dah. Makan pun dah x lalu, lps makan start muntah balik.
Nak baring ke duduk nng dah x selesa, pening, loya...mintak ashraf cari doktor, nak mintak balik haritu jugak.
dah sangat x selesa nya...
Dekat pukul 12 jumpa dr. ckp nak balik, dr. benarkan dan lepas ni kalu muntah2 lg kene buat 'scope' je, maksudnya masukkan camera dlm perut...lain cerita lah, yg penting nak balik secepat mungkin.
Nasib baik nurse2 baik belaka, cepat2 diaorg cabutkan drip, at least xde la tangan ni duk lenguh, nak bergerak pun terhad.
Urusan checkout pun lama gak....dpt bill rm1503.53..fuh! utk a few test dan tido 1 malam. Balik rumah cam lembik gila dah...sampai malam asal makan, muntah..asal makan muntah.
dalam hati, nak mati ke aku ni???
Sabtu 18hb, badandah ok sikit, xde muntah...makan mmg x lalu tapi sumbat jugak psl takut angin.Tido malam pun dah lena walaupun subuh turun tido kat depan tv kat bwh, xtau apa yg x kena.
Ahad 19hb, 830am dah gerak ke darul shifa bangi, nak mintak air penawar. Tunggu dalam 1 jam jugak..ramai org dgn pelbagai penyakit yg dtg..ada yg duk terbaring, kesian.
Aku sendiri pun bkn larat sgt duk menunggu tapi sabar je la sampai giliran.
Cara berubat dia mintak nama dan nama ibu. Pastu dia pegang kepala dan baca doa sambil tiup, tak berani nak tengok atas or muka pengubat tu. pastu dia ada mintak ashraf pegang perut dan tangan dia letak atas perut sambil baca doa lagi.
Kemudian air tu disuruh minum dan buat mandi 3 kali.
Lepas balik, anon dtg rumah, lunch kat rumah sekali depa beli briani gam...lalu gak makan.
Pastu sampai skrg badan masih terasa lemah lagi, tp semakin baik...cuma harini terasa ada angin gak. Bila terasa nak muntah, buat2 malas nak layan..
Ya Allah, harap2 kesihatan ni bertambah baik dan segala penyakit hilang selamanya.
Susah betul dan tersiksa rasanya bila nikmat kesihatan tu ditarik..
Untuk ashraf, terima kasih byk kerana sabar menjaga isteri. Abang memang suami terbaik. i love u Read More...