Saturday, November 9, 2013

Totilla wrap versi mama aisha for breakfast

Bhn2:
Nugget digoreng
Salad
Tomato
Roti totilla

Cara2:
Bentang roti totilla
Susun salad
Letak tomato dan nugget di atas salad
Letak 1000 island sauce
Wrap.

Read More...

Tuesday, November 5, 2013

Maggi Tomyam mama aisha

Bahan2:
Sebungkus maggi tomyam
Sedikit Sawi
Sedikit carrot
1/2 biji tomato
4 ekor Udang
1 biji Bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Air

Cara2:
1. Tumis bawang2..masukkan carrot...kacau2 sebentar.
2. Masukkan air. Tunggu menggelegak.
3. Masukkan perencah maggi (dlm bgksn maggi)
4. Pecahkan telur. Tunggu keras
5. Masukkan maggi.
6. Masukkan sawi dan tomato. Kacau sebentar. Siap

Read More...

Monday, November 4, 2013

Aisha's 3rd birthday

Pandainye anak dara mama tolong decorate cake birthday sendiri

Taraaa...ini hasilnya...kek birthday aisha.
Mama potong huruf2 tulisan tu dr katalog cina yg slalu duk byk kat terselit kat peti2 surat kedai ofis dan rumah hehehe..... Mama hias kek aisha pakai bahan2 yg ade kat rumah je....so sangat lah limited.

Happy 3rd birthday to aisha. Semoga menjadi anak solehah yg cemerlang dunia dan akhirat... we love so much!!! 
Read More...

Sunday, October 27, 2013

Norwegian Apple Cake


Sempat buat cake ni utk minum petang..
Resipi ambil di SINI
Read More...

Express lasagna for breakfast

 Kuah pasta yang dah siap dalam botol dan khas utk baking. Kuah pasta ni dah siap dengan cheese mozzarella dan tomato. Kira combination of sos tomato dan sos putih yang kita biasa buat separately.

Daging dlm 200g dan 2 batang sosej berserta cendawan digoreng. Tutup api. Campur dengan kuah pasta tadi.

Lapisan pertama instant lasagna SAN REMO dilapiskan. Selangkan dengan daging.


Lapisan daging. Buatkan beberapa lapis yg cukup. Yang ni 2 lapis lasagna dan 2 lapis daging je.

Tabur cheddar cheese. Shredded cheese dah abih. Jadi mama gunting2 je sliced cheese yg ada. Tabur basil leaves.

Bakar dalam 25minit.

sedia dimakan...

Read More...

Saturday, October 26, 2013

Baby Aisy Luqman berkhatan

26 Oct 2013.
Di usia lebih kurang 51hari..tiba lah hari nya baby Luqman dikhatankan.

Mama dah book slot utk berkhatan 2 minggu lalu di Poliklinik AzZahrah BB Bangi.

Mula2 mama serraamm gak dengar baby yg sunat sebelum luqman nangis kuat dan panjang huhuhu...

tapi Alhamdulillah turn luqman...dia tak nangis terlalu kuat.
but...mama still tak berani nak tengok procedure tu closely....hanya curi2 tengok hehehe....


Doctor bekalkan paracetamol utk tahan sakit. 
Malamnya Alhamdulillah luqman tak meragam pun. 
Esok pagi masa mandi..luqman kencing pancut jauh hihihi....tapi dia tak nangis pun...

nak cerita detail mcm mana doctor khatan luqman....mama tengok sama la mcm kat SINI

Read More...

Tuesday, October 1, 2013

25th day after c-section delivery

Basically di tempat luka, tiada yg sakit...luka memang dah cantum elok since 1st week.
'pouch bag' di perut dah semakin beransur kecik tapi takde la sekecik sblm pregnant. Beso gak lg.
Mama pakai slimming panty yg dibeli online. At least mudah sikit bergerak.

Mama belum mandikan baby lagi...Biar mak tok je yg buat.  Mama pun mcm tak kuat lg nak pegang baby luqman dalam air.
Minggu depan mama try bg mandi. Mak tok pun balik minggu depan.

so far so good...


Read More...

Sunday, September 29, 2013

My c-section recovery journey

This is my 2nd c-section experience. I had never documented the experience from the 1st one. So, this time...I felt that I need to document it here in my blog for my future reference in case need to go through it again. So this will help me to prepare mentally and physically.

1st day  - 6/9/2013.
Lepas ditolak ke ward...tak lama kemudian...dan selepas kaki dah boleh mula digerakkan sikit2 ( sekadar goyang ) . Maknanya ubat bius dah kurang. Kali ni mama rasa sakit sgt di dalam perut. Rasa seperti contractions rahim. Kejap ada kejap hilang. Tapi makin sakit dan sakit dan sakit di tempat luka dan dalam perut. Pelik. Sakit mcm ni tak rasa pun masa 1st experience dulu.
Mama terpaksa mintak pain killer...drpd yg jenis pill sampai yg jenis injection di bontot sebyk 3x drpd siang smpi ke tgh malam...Allah je yg tau betapa sakitnya.

2nd day - 7/9/2013
Saluran kencing dibuang. Sblm dibuang tu mama ada 2x kencing tp air kencing tak masuk semua dlm tiub salur tetapi cicir byk atas tilam. Nasib baik ade lapik mcm plastik. Jadi tilam tak kena. Sgt2 tak selesa ok...bila ada tiub salur kencing tu dimasuk dlm pepet kita. So, pagi 2nd day nurse dtg tarik keluarkan. Mcm biasa bila nak tarik kene ambik nafas. Ada sikit rasa pedih tapi mak ai...punya panjang tiub tu kat dalam. Sbb bila nurse tarik keluar punya la pjg yg keluar.
So, lps tu kene start kencing kat bilik air. Abah tolong mama gi bilik air...buka panty..duduk kat toilet...1st time kencing keluar darah sekali. Rasa pedih jgn cakap la.....pedih di dalam. Yg di tmpt luka pun mmg la pedih dan sakit. Cuma masih ada plaster besar tutup. Hari ni mama start duduk kat kerusi...takde la baring kat katil je kan.
Malam...mama perasan tempat tutup luka dah terganjak drpd luka. Mintak nurse check...confirmed. then kebetulan doctor ada. Sekali doctor tengok decided to buka terus penutup luka tu. Biar terdedah...haduihhhh....
Pegi toilet terasa lebih sakit drpd yg 1st time pegi td sbb luka tu xde support dr plaster besar tu dah kot....ooohhhh siksanya.

3rd day - 8/9/2013.
Pagi doctor dtg dan settlekan apa2 yg perlu sblm discharge. Smpi tghari gak la urus seme bende. Baby pulak ada kuning skit. Tak membimbangkan.
Mama start pki binder utk wrap perut. Kasi support supaya senang bergerak dan kurangkan beban perut besar ngelebeh tu menekan luka.
pesanan: sesapa kena c-section better ada binder ni...sgt2 membantu.
Balik rumah smpi dlm pkl 1.30ptg.

4th day - 9/9/2013
Sakit lagi. Mula ada satu rasa sakit belah kanan bwh sikit dr luka. Ooohhh sgt2 sakit ok. Berjalan pun x boleh. Duduk 90deg pun x boleh. Kene duduk sandar sikit. Mcm nk menangis. Sblm ni x rasa sakit mcm ni. This is too sakit. Suspected mcm yg jd masa 1st experience tmpt tu sakit kerana di dalam doctor buat simpulan benang kat situ dan mayb benang belum hancur....oohh..I was expecting this....dulu belah kiri. Kali ni belah kanan. And sakit ni akan trus bbrp hari.

5th day - 10/9/2013.
Luka sedikit terbuka di belah hujung belah kiri. Berdarah sikit. Whatsapp doc dia suruh gi hosp esok utk dia tengok. Arghhh malas.
sakit sgt lagi...

6th day - 11/9/2013
Sakittttt lagi.
whatsapp doc gambar jahitan yg terbuka sikit kat hujung tu. Dgn gambaq lebih clear. Doc kata kalu kurang 2cm biar je..xyah jahit semula. So...xyah le gi hosp hari ni. Lgpun lusa mmg kene pegi utk checkup.

7th day - 12/9/2013
Sakit lagi.....belah malam rasa sakit yg belah kanan yg buat tak boleh jalan tu dah makin kurang dan hilang.

8th day - 13/9/2013.
Appointment with doctor. Appointment with Pedetrician.

Hari2 yg seterusnya sakit dah boleh tolerate dan makin baik....Perut besar je yg tinggal 1 lg masalah...


Read More...

Sunday, September 15, 2013

The arrival of Aisy Luqman


Seperti yang diketahui dari awal2 pregnancy check-up, kali ni mama mengalami placenta previa ataupun low lying placenta atau bahasa mudahnya uri di bawah. Pada minggu 34 gynae dah decide kene cesarean dan put a tentative date on 6/9.

Minggu 36...tarikh pun dah confirmed..cesarean pada 6/9 iaitu pada 36w5d.

6 sept. 2013
0715 keluar rumah dgn abah, aisha, maktok dan mama. Singgah di rumah babysitter dulu hantar aisha

0800 admit di kaunter admission Columbia Asia Puchong Hospital. Bilik single takde. Masuk waiting list. Frustrated. ..
Masuk ward sharing 2 org 1 bilik. Pastu dapat baju yg sesuai utk operation. Minum air ape ntah utk gastrik sbb mama dah kene puasa since 12am smlm.

Then, dtg nurse utk ambik darah pulak. Nurse tu mcm x brp pandai. Darah x dpt byk tp dia buat lama dan sakit. kemudian ada sesi soal jwb pasal alahan bla..bla...

0930 mama ditolak dgn katil ke bilik OT. Bermula dgn lepak dulu di satu area. Abah masuk dgn baju yg bersesuaian. Pastu doctor anesthetic tegur. Dia kata dia yg akan 'buat' mama. Masa tu mama dah ketar2 kaki dah...either terlalu sejuk dgn bilik tu atau takut.

Kemudiannya doctor cucuk tangan kiri utk psg drip. Then..kene peluk bantal dan lengkungkan badan utk cucuk ubat bius kat blkg badan. Alhamdulillah sekali cucuk je dapat. Lps tu mula la rasa kebas dr pinggang ke kaki. Pastu ntah sape dtg sapu2 bende sejuk kat perut mama. Mama rasa dia sapu iodin kot.
Kemudian doctor raja ambik alih la kot. Masa tu serius mama mcm mamai. So mama decided nak tidur je....jadi mcm x brp ingat apa yg jadi secara detail. Tapi mcm teringat la part baby dah keluar. Pastu mama cium baby.

1100
kemudian yg mama sedar dah ade kat bilik bertenang ...kemudian dihantar ke ward. Masa smpi ward rasa syahdu semacam. Mama ternangis.

1200 ubat bius makin kurang dan kaki makin terasa dpt digoyang2kan. Lepas tu mula luka terasa sakit...

Taknak sambung dah cerita sakit ni....lain kali laaaa

So here is Aisy Luqman...








Read More...

Saturday, August 24, 2013

Blushing rose akhirnya dalam genggaman....

Ini pemandangan di showroom Fans Of Goodhomes FB page yg sempat mama snap. Modai whatsapp ke family group, cucuk diaorg beli jugak hahaha...menarik tak bila tengok byk gila stok correlle mcm ni???? Huhuhu.....mama terjumpa FB page dia bulan puasa hari tu. Masa tu sempat dah beli bakeware french white corningware 10pcs tu...dgn harga RM450. Sebahagian bakeware nye ade yg dlm post baked potato tu...bekas ramekin....actual set kalu nak tengok google je la internet ek....
Ni pulak, shipment baru dah sampai...so, pattern correlle blushing rose yg mama tunggu2 dah ada. Apalagi, dgn perut sarat pun ku terjah jua huhuhu....
Nasib baik dekat je showroomnye dgn rumah...kira 1 taman. Set pun ada byk lg....sambar 2 set terus huhuhu...2xRM350=RM700. 1set ada 16pcs.

Ini rupa pinggan nye...

Ini rupa mug nye....

Gambar mangkuk x snap sbb putih kosong je....xde bunga.

Surprisingly ptg td, lps buka 1 set....terkejut mama 1 pinggan yg large tu dah pecah huk huk huk. Nasib baik si penjual sgt baik hati kasi boleh tukar. Silap mama tak buka dulu check masa kat showroom tadi. So, ptg tadi jugak abah gi tukar baru. Alhamdulillah. 

Skrg..pinggan di dapur bertukar wajah. Selama 7 tahun pakai pinggan ikea, tukar pula ke correlle kerana lebih ringan dan dgn corak blushing rose yg menarik hehehe. Pinggan lama simpan dalam kabinet.

Puas hati inilah set correlle pertama mama huhuhu. Org lain mungkin dah lama memiliki. Mama je yg ketinggalan ketapi sikit. Kira beli buat syarat laa......beli pki duit bonus raya hahahaha....nampak juga hasilnya :D

Read More...

Thursday, August 15, 2013

Hari Raya Aidilfitri 1434H bersamaan 8 Ogos 2013

Kronologi:
7 Ogos - balik kampung PB
8 Ogos - raya 1. Duk rumah je. Malam ada bbq dan makan2.
9 Ogos - raya 2. balik AS
10 Ogos - raya 3. Gi beraya rumah makcik.
11 Ogos - raya 4. balik PB semula
12 Ogos - raya 5. kembali ke Puchong.

Read More...

Sunday, July 28, 2013

Biskut sarang semut 3 beranak

Hari ni seperti dijanjikan....janji dgn diri sendiri nak buat biskut ni hari ini lah....sebab cuti 3 hari termasuk nuzul quran jumaat kelmarin.

Bahan2:
250gram butter
100gram gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
170gram tepung gandum
130gram tepung jagung
150gram tepung kastard

*sebenarnya stok tepung gandum mama tinggal tu je...jadi mama derhaka resipi dgn campurkan tepung kastard. Lagipun mama ada jugak dpt resipi kuih ni yg pakai tepung kastard. Jadi rasanya takde masalah.

Cara2:
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
Tepung2 diayak dulu dan masukkan sikit2...
Gaul sampai jadi doh.
Masukkan dlm peti ais sekejap utk bg keras sikit.
Parut doh tadi dgn pemarut.
Sudukan masuk dlm paper cup.
Tabur kat hiasan warna warni yg mcm coklat rice tu...xtau nama laa..
Bakar pada suhu 180deg lebih kurang 15 minit.


 

Read More...

Friday, July 26, 2013

Kentang bakar berkrim atau Creamy baked potato versi mama aisha


Hari ni mama nak menge'test' bekas ramekin yg mama baru beli hehehe.....
dgn bahan2 yg ada di dapur. Mama decide buat kentang bakar berkrim. Or creamy baked potato.
Resipi ni mama olah drpd 1 resipi lain. Tapi mama tambah sikit bahan2 lg.

Creamy baked potato versi mama aisha.

bahan2:
1 1/2 biji kentang dipotong nipis dlm 3-4mm
6 biji tomato cerri  potong 4
2 btg sosej dipotong nipis2.
1 biji bawang besar dipotong dadu kecik.
5 ulas bawang putih diketuk dan potong kecik2.
secubit garam
Lada hitam agak2.
1/3 cwn susu
4 sudu makan krim
4 keping cheese cheddar di gunting2. ( takde stok yg shredded)

Cara2:
Masuk semua bahan kecuali susu,creme, cheese. Gaul rata. Susun dlm bekas.
bancuh susu+ creme. Tuang dalam bahan2 tadi. 
Tabur cheese kat atas.
bakar pada suhu 180 deg selama 50-60 minit.

 Ini rupa sblm masuk oven.

Ini rupa lepas dah makan separuh. 

Ini je yg teringat dan sempat nak snap.

ini juadah buka puasa hari ini disamping nasi beriani bukhara syed dan roti john.

selamat bercuti...selamat nuzul quran 1434h

Read More...

Sunday, July 21, 2013

Apple pie sempoi


Apple hijau 2 biji didadu + 3sudu besar gula merah + 1 sudu besar gula putih + 1 sudu teh cinnamon powder. Masak sampai berair sikit, then, campur 1 sudu makan tepung jagung utk pekatkan.

Ini hasil inti nya.

8 keping roti digelek dgn penggelek. Buang tepi yg keras. Bubuh inti apple tadi. Sapu telur  di tepi utk lekatkan roti yg dilipat 2.

Siap dilipat. Tekan dgn garpu di tepi2.
Sedia utk digoreng....

yummy....alternatif kpd apple pie McDonalds.  Nak buat pun sgt senang dan sempoiiiiii...

ini juadah buka puasa hari ini.

Read More...

Sunday, July 7, 2013

Despicable Me 2


07072013. 1130am. Tgv Setiawalk



Read More...

Saturday, July 6, 2013

Apam labu mama aisha

Semalam boss bawa kuih apam labu ke opis, mama rasa sedapnya...1st time rasa apam labu. Ohhh i likeee.....mcm i like lepat labu.

Hari ni mama mintak abah belikan labu dan kelapa. Alhamdulillah ada.
Bahan bahan lain mmg ade kat rumah...so, dapat la mama cuba buat.

Buat sikit dalam paper cups, yg balance kukus dlm dulang bulat je sbb paper cup memang dah habis.

Resipi apam labu mama tengok di sini....cuma mama tukar santan dgn low fat milk hehehe....
http://www.tiffinbiru.com/2012/06/apam-labuakhirnya.html?m=1

Read More...

Friday, July 5, 2013

Hadiah handphone lagi, it's Samsung Galaxy Mega 6.3

Mmm...current handphone mama mmg dah kira boleh survive nyawa2 ikan je kot sbb selalu running on low memory dah....abah kata dah byk Google services yg running background.
Mama pun dah buang habis segala apps sampingan yg pakai sblm2 ni pun tak dpt nak free byk memory.

Rupa2nya abah dah survey handphone baru utk mama as hadiah anniversary. Kira advanced sebulan sbb anniversary bulan 8.

Mula2 abah kasi option nak gold jewelry atau handphone.  Mama pening sbb kedua duanya ada value masing2. Last2 suruh abah je decide nak bg apa. Bila dia decide nk bg handphone,  suruh pilih pulak nak galaxy mega ke nexus 4. Ohhhh lg sekali mama pening. Abah decide and beli je laaa....mama pakai je....

Finally ini lah hadiahnya.
Aisha pulak yg over excited. Mama nak godek2 pun tak dapat lg.
Nak kene tukar micro simcard lg...

Mmmm....anyway thank you abah......tp nanti bday bulan doblas jgn lupa gelang mas pulak naaa....harga emas tgh drop ni hehhehe

Read More...

Saturday, June 29, 2013

Dapoq office

Ni dia rupanya....mama dah 7bulan++ pregnant, tak larat dah nak berdiri lama kat dapoq. So, ini lah hasilnya....senang sikit nak gerak rasanya, sebab ada roda hihihi

Read More...

Monday, June 24, 2013

Weekend with tesco online, IKEA and Monsters Uni at TGV Setiawalk

Saturday 22/6/13

Tesco online shopping trial.

Sunday 23/6/13

Early morning at 925 dah jadi customer IKEA.
Nak beli sofa bed yg dah 2x pegi xde stok. This time nasib baik ade. Sbb tu pegi pagi2 nak avoid ramai org...leceh
And after IKEA, kol 1030am dah sampai TGV Setiawalk for movie session.  2nd time bwk aisha tengok cartoon. This time tengok cartoon Monsters University. Nasib baik anak dara agak pandai behave.

Sebelum terlupa.....ahad sgt berjerubu, bawa sampai ke hari isnin......daerah muar,ledang siap isytihar darurat. Sek kat johor, melaka, sgor,kl cuti...

Semoga hujan turun utk hapuskan jerubu. Sama2 kita berdoa pd Allah swt

Read More...

Thursday, June 20, 2013

Balik kampung kenduri

14-16 Jun balik kampung. Aloq Staq 1 mlm, Pt Buntaq 1 mlm.

Kat kampung ramai2 nak kenduri ada buai...ada budak nak mengimbau nostalgia naik buai....

Read More...

Monday, May 27, 2013

Trip to Jakarta & Bandung

22 - 26 Mei 2013.
Flight LCCT-Jakarta at 0950

Photo
Dalam flight ke jakarta

Photo
Bilik hotel di Best Western Mangga Dua, dapat upgrade free ke deluxe suite

Photo
'lowyat' Mangga Dua , Jakarta

Photo
Dlm Mangga Dua Mall ( byk sgt mall mangga dua ni..integrated, tak round habis pun)

Photo
Mobil ke Bandung, 90K rupiah / person. Di Bandung tinggal di Hotel Grand Royal Panghengar 2 malam...

Photo
Kawah Ratu, Tangkuban Parahu

Photo
Suasana kedai2 peniaga di Tangkuban Parahu

Photo

Photo
Rumah Mode, Jalan Setiabudi, Bandung

Photo
di Saung Angklung

Photo
Pasar Baru, Bandung

Photo
BTC, Terminal (mcm stesen bas express) tunggu 'mobil' dari Bandung - Jakarta (Casablanca, hentian di Jakarta Selatan sebab kami nak ke Kalibata, rumah Kak Mardiah

Photo
With family Kak Mardiah di depan warung masakan padang diaorg. Kami tidur rumah diaorg 1 malam, malam terakhir di Jakarta

Photo
Tunggu boarding time..di terminal 3 airport Jakarta, cantik airport dia..

Photo
Dalam flight balik ke KL. Flight pukul 11.30am waktu indonesia.


*gambar2 bukan saiz original, cuma copy paster dr picasa...sebab tu blurrrrr
Read More...