Sunday, July 28, 2013

Biskut sarang semut 3 beranak

Hari ni seperti dijanjikan....janji dgn diri sendiri nak buat biskut ni hari ini lah....sebab cuti 3 hari termasuk nuzul quran jumaat kelmarin.

Bahan2:
250gram butter
100gram gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
170gram tepung gandum
130gram tepung jagung
150gram tepung kastard

*sebenarnya stok tepung gandum mama tinggal tu je...jadi mama derhaka resipi dgn campurkan tepung kastard. Lagipun mama ada jugak dpt resipi kuih ni yg pakai tepung kastard. Jadi rasanya takde masalah.

Cara2:
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
Tepung2 diayak dulu dan masukkan sikit2...
Gaul sampai jadi doh.
Masukkan dlm peti ais sekejap utk bg keras sikit.
Parut doh tadi dgn pemarut.
Sudukan masuk dlm paper cup.
Tabur kat hiasan warna warni yg mcm coklat rice tu...xtau nama laa..
Bakar pada suhu 180deg lebih kurang 15 minit.


 

Read More...

Friday, July 26, 2013

Kentang bakar berkrim atau Creamy baked potato versi mama aisha


Hari ni mama nak menge'test' bekas ramekin yg mama baru beli hehehe.....
dgn bahan2 yg ada di dapur. Mama decide buat kentang bakar berkrim. Or creamy baked potato.
Resipi ni mama olah drpd 1 resipi lain. Tapi mama tambah sikit bahan2 lg.

Creamy baked potato versi mama aisha.

bahan2:
1 1/2 biji kentang dipotong nipis dlm 3-4mm
6 biji tomato cerri  potong 4
2 btg sosej dipotong nipis2.
1 biji bawang besar dipotong dadu kecik.
5 ulas bawang putih diketuk dan potong kecik2.
secubit garam
Lada hitam agak2.
1/3 cwn susu
4 sudu makan krim
4 keping cheese cheddar di gunting2. ( takde stok yg shredded)

Cara2:
Masuk semua bahan kecuali susu,creme, cheese. Gaul rata. Susun dlm bekas.
bancuh susu+ creme. Tuang dalam bahan2 tadi. 
Tabur cheese kat atas.
bakar pada suhu 180 deg selama 50-60 minit.

 Ini rupa sblm masuk oven.

Ini rupa lepas dah makan separuh. 

Ini je yg teringat dan sempat nak snap.

ini juadah buka puasa hari ini disamping nasi beriani bukhara syed dan roti john.

selamat bercuti...selamat nuzul quran 1434h

Read More...

Sunday, July 21, 2013

Apple pie sempoi


Apple hijau 2 biji didadu + 3sudu besar gula merah + 1 sudu besar gula putih + 1 sudu teh cinnamon powder. Masak sampai berair sikit, then, campur 1 sudu makan tepung jagung utk pekatkan.

Ini hasil inti nya.

8 keping roti digelek dgn penggelek. Buang tepi yg keras. Bubuh inti apple tadi. Sapu telur  di tepi utk lekatkan roti yg dilipat 2.

Siap dilipat. Tekan dgn garpu di tepi2.
Sedia utk digoreng....

yummy....alternatif kpd apple pie McDonalds.  Nak buat pun sgt senang dan sempoiiiiii...

ini juadah buka puasa hari ini.

Read More...

Sunday, July 7, 2013

Despicable Me 2


07072013. 1130am. Tgv Setiawalk



Read More...

Saturday, July 6, 2013

Apam labu mama aisha

Semalam boss bawa kuih apam labu ke opis, mama rasa sedapnya...1st time rasa apam labu. Ohhh i likeee.....mcm i like lepat labu.

Hari ni mama mintak abah belikan labu dan kelapa. Alhamdulillah ada.
Bahan bahan lain mmg ade kat rumah...so, dapat la mama cuba buat.

Buat sikit dalam paper cups, yg balance kukus dlm dulang bulat je sbb paper cup memang dah habis.

Resipi apam labu mama tengok di sini....cuma mama tukar santan dgn low fat milk hehehe....
http://www.tiffinbiru.com/2012/06/apam-labuakhirnya.html?m=1

Read More...

Friday, July 5, 2013

Hadiah handphone lagi, it's Samsung Galaxy Mega 6.3

Mmm...current handphone mama mmg dah kira boleh survive nyawa2 ikan je kot sbb selalu running on low memory dah....abah kata dah byk Google services yg running background.
Mama pun dah buang habis segala apps sampingan yg pakai sblm2 ni pun tak dpt nak free byk memory.

Rupa2nya abah dah survey handphone baru utk mama as hadiah anniversary. Kira advanced sebulan sbb anniversary bulan 8.

Mula2 abah kasi option nak gold jewelry atau handphone.  Mama pening sbb kedua duanya ada value masing2. Last2 suruh abah je decide nak bg apa. Bila dia decide nk bg handphone,  suruh pilih pulak nak galaxy mega ke nexus 4. Ohhhh lg sekali mama pening. Abah decide and beli je laaa....mama pakai je....

Finally ini lah hadiahnya.
Aisha pulak yg over excited. Mama nak godek2 pun tak dapat lg.
Nak kene tukar micro simcard lg...

Mmmm....anyway thank you abah......tp nanti bday bulan doblas jgn lupa gelang mas pulak naaa....harga emas tgh drop ni hehhehe

Read More...