Sunday, September 29, 2013

My c-section recovery journey

This is my 2nd c-section experience. I had never documented the experience from the 1st one. So, this time...I felt that I need to document it here in my blog for my future reference in case need to go through it again. So this will help me to prepare mentally and physically.

1st day  - 6/9/2013.
Lepas ditolak ke ward...tak lama kemudian...dan selepas kaki dah boleh mula digerakkan sikit2 ( sekadar goyang ) . Maknanya ubat bius dah kurang. Kali ni mama rasa sakit sgt di dalam perut. Rasa seperti contractions rahim. Kejap ada kejap hilang. Tapi makin sakit dan sakit dan sakit di tempat luka dan dalam perut. Pelik. Sakit mcm ni tak rasa pun masa 1st experience dulu.
Mama terpaksa mintak pain killer...drpd yg jenis pill sampai yg jenis injection di bontot sebyk 3x drpd siang smpi ke tgh malam...Allah je yg tau betapa sakitnya.

2nd day - 7/9/2013
Saluran kencing dibuang. Sblm dibuang tu mama ada 2x kencing tp air kencing tak masuk semua dlm tiub salur tetapi cicir byk atas tilam. Nasib baik ade lapik mcm plastik. Jadi tilam tak kena. Sgt2 tak selesa ok...bila ada tiub salur kencing tu dimasuk dlm pepet kita. So, pagi 2nd day nurse dtg tarik keluarkan. Mcm biasa bila nak tarik kene ambik nafas. Ada sikit rasa pedih tapi mak ai...punya panjang tiub tu kat dalam. Sbb bila nurse tarik keluar punya la pjg yg keluar.
So, lps tu kene start kencing kat bilik air. Abah tolong mama gi bilik air...buka panty..duduk kat toilet...1st time kencing keluar darah sekali. Rasa pedih jgn cakap la.....pedih di dalam. Yg di tmpt luka pun mmg la pedih dan sakit. Cuma masih ada plaster besar tutup. Hari ni mama start duduk kat kerusi...takde la baring kat katil je kan.
Malam...mama perasan tempat tutup luka dah terganjak drpd luka. Mintak nurse check...confirmed. then kebetulan doctor ada. Sekali doctor tengok decided to buka terus penutup luka tu. Biar terdedah...haduihhhh....
Pegi toilet terasa lebih sakit drpd yg 1st time pegi td sbb luka tu xde support dr plaster besar tu dah kot....ooohhhh siksanya.

3rd day - 8/9/2013.
Pagi doctor dtg dan settlekan apa2 yg perlu sblm discharge. Smpi tghari gak la urus seme bende. Baby pulak ada kuning skit. Tak membimbangkan.
Mama start pki binder utk wrap perut. Kasi support supaya senang bergerak dan kurangkan beban perut besar ngelebeh tu menekan luka.
pesanan: sesapa kena c-section better ada binder ni...sgt2 membantu.
Balik rumah smpi dlm pkl 1.30ptg.

4th day - 9/9/2013
Sakit lagi. Mula ada satu rasa sakit belah kanan bwh sikit dr luka. Ooohhh sgt2 sakit ok. Berjalan pun x boleh. Duduk 90deg pun x boleh. Kene duduk sandar sikit. Mcm nk menangis. Sblm ni x rasa sakit mcm ni. This is too sakit. Suspected mcm yg jd masa 1st experience tmpt tu sakit kerana di dalam doctor buat simpulan benang kat situ dan mayb benang belum hancur....oohh..I was expecting this....dulu belah kiri. Kali ni belah kanan. And sakit ni akan trus bbrp hari.

5th day - 10/9/2013.
Luka sedikit terbuka di belah hujung belah kiri. Berdarah sikit. Whatsapp doc dia suruh gi hosp esok utk dia tengok. Arghhh malas.
sakit sgt lagi...

6th day - 11/9/2013
Sakittttt lagi.
whatsapp doc gambar jahitan yg terbuka sikit kat hujung tu. Dgn gambaq lebih clear. Doc kata kalu kurang 2cm biar je..xyah jahit semula. So...xyah le gi hosp hari ni. Lgpun lusa mmg kene pegi utk checkup.

7th day - 12/9/2013
Sakit lagi.....belah malam rasa sakit yg belah kanan yg buat tak boleh jalan tu dah makin kurang dan hilang.

8th day - 13/9/2013.
Appointment with doctor. Appointment with Pedetrician.

Hari2 yg seterusnya sakit dah boleh tolerate dan makin baik....Perut besar je yg tinggal 1 lg masalah...


Read More...

Sunday, September 15, 2013

The arrival of Aisy Luqman


Seperti yang diketahui dari awal2 pregnancy check-up, kali ni mama mengalami placenta previa ataupun low lying placenta atau bahasa mudahnya uri di bawah. Pada minggu 34 gynae dah decide kene cesarean dan put a tentative date on 6/9.

Minggu 36...tarikh pun dah confirmed..cesarean pada 6/9 iaitu pada 36w5d.

6 sept. 2013
0715 keluar rumah dgn abah, aisha, maktok dan mama. Singgah di rumah babysitter dulu hantar aisha

0800 admit di kaunter admission Columbia Asia Puchong Hospital. Bilik single takde. Masuk waiting list. Frustrated. ..
Masuk ward sharing 2 org 1 bilik. Pastu dapat baju yg sesuai utk operation. Minum air ape ntah utk gastrik sbb mama dah kene puasa since 12am smlm.

Then, dtg nurse utk ambik darah pulak. Nurse tu mcm x brp pandai. Darah x dpt byk tp dia buat lama dan sakit. kemudian ada sesi soal jwb pasal alahan bla..bla...

0930 mama ditolak dgn katil ke bilik OT. Bermula dgn lepak dulu di satu area. Abah masuk dgn baju yg bersesuaian. Pastu doctor anesthetic tegur. Dia kata dia yg akan 'buat' mama. Masa tu mama dah ketar2 kaki dah...either terlalu sejuk dgn bilik tu atau takut.

Kemudiannya doctor cucuk tangan kiri utk psg drip. Then..kene peluk bantal dan lengkungkan badan utk cucuk ubat bius kat blkg badan. Alhamdulillah sekali cucuk je dapat. Lps tu mula la rasa kebas dr pinggang ke kaki. Pastu ntah sape dtg sapu2 bende sejuk kat perut mama. Mama rasa dia sapu iodin kot.
Kemudian doctor raja ambik alih la kot. Masa tu serius mama mcm mamai. So mama decided nak tidur je....jadi mcm x brp ingat apa yg jadi secara detail. Tapi mcm teringat la part baby dah keluar. Pastu mama cium baby.

1100
kemudian yg mama sedar dah ade kat bilik bertenang ...kemudian dihantar ke ward. Masa smpi ward rasa syahdu semacam. Mama ternangis.

1200 ubat bius makin kurang dan kaki makin terasa dpt digoyang2kan. Lepas tu mula luka terasa sakit...

Taknak sambung dah cerita sakit ni....lain kali laaaa

So here is Aisy Luqman...








Read More...