Thursday, November 5, 2020

Solving Android Studio 4.1 not detected , Flutter Plugin not installed , Dart Plugin not installed on my macbook

Just this command . Problem settled!

ln -s ~/Library/Application\ Support/Google/AndroidStudio4.1/plugins ~/Library/Application\ Support/AndroidStudio4.1
Read More...

Friday, September 28, 2018

Sah sijil nikah di Pejabat Agama untuk umrah / haji.

Bagi wanita di bawah umur 45 tahun, mereka perlu membawa mahram ke Tanah Suci untuk menunaikan haji / umrah.
Jadi, beberapa dokumen diperlukan untuk memastikan mahram yang dibawa adalah mahram yang sah.

Untuk saya, saya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya.
Di mana? Berdekatan dengan masjid besi aka Masjid Tuanku Sultan Mizan.

Cari Blok D, Tingkat 2. Bangunan berhadapan dgn Menara Prisma. 

Alamat penuh seperti berikut:

Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, 
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100, Putrajaya.
No tel: 0388842600.
Koordinat: 2.917724,101.681222

Sila bawa sijil nikah asal bersama salinan yang nak disahkan. Tolong salin/fotostat dokumen sijil tersebut depan dan belakang ye. 

Sampai di kaunter tingkat 2 blok D. Anda boleh nyatakan maksud ke sana dan orang yg menjaga kaunter akan beri ada borang untuk diisi. 
Perlu isikan maklumat sijil nikah dan juga maklumat tentang tarikh umrah dan agensi yang menguruskan.

Setelah borang diisi, urusan pengesahan sekejap saja dan percuma.

 


Read More...

Monday, July 30, 2018

Durian

Nasib yang seorang saja dalam keluarga ini yang makan durian.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
D24 RM15/kg.
3kg RM40.

Beli di Taman Warisan Pertanian
Read More...

Tuesday, July 24, 2018

Umrah tajaan - anugerah istimewa

Panggilan telefon dari staff HR membawa berita gembira..
"Kak Jam, kita nak pilih kak jam pegi umrah dengan tajaan MSD" , begini la lebih kurang ayatnya...kami pun tak berapa nak ingat.
"Nak tak?" , tanya Julie, staff HR tersebut.

"Nak laaa, mahram ditaja sekali kan? " kami tanya kembali..
"Ya" , jawab Julie...

Alhamdulillah...



Read More...

Tuesday, April 24, 2018

Apabila berjumpa seseorang...

Apabila jumpa orang tua, selalu berfikir mereka telah buat ibadat lebih banyak dari kita..
Apabila jumpa orang muda, selalu berfikir mereka kurang dosa dari kita..
Apabila jumpa orang belum islam, berfikir jika mereka masuk islam, dosa mereka kosong...



Read More...

Wednesday, March 28, 2018

Lama sudah tidak ketemu

Assalamualaikum wbt

Lama sudah tidak bertamu di blog ini.....
Nak kata sibuk, ya, memang pun...
Tapi sesibuk mana pun kita, jika kita commit nak buat sesuatu...
kita mesti ada masa kan.
So, tak payah bagi alasan banyak-banyak la..

Habaq ja la kami dah lama tak tau nak buh apa kat blog ni...maybe sampai peringkat dah hampir lupa...
Lagipun kami byk update kat FB ja....

Takpa la naaa...nanti ada masa kami update kembali blog ni...

Bye..

Read More...

Friday, July 15, 2016

Tupperware July 2016

Read More...