Thursday, November 5, 2020

Solving Android Studio 4.1 not detected , Flutter Plugin not installed , Dart Plugin not installed on my macbook

Just this command . Problem settled!

ln -s ~/Library/Application\ Support/Google/AndroidStudio4.1/plugins ~/Library/Application\ Support/AndroidStudio4.1
Read More...

Friday, September 28, 2018

Sah sijil nikah di Pejabat Agama untuk umrah / haji.

Bagi wanita di bawah umur 45 tahun, mereka perlu membawa mahram ke Tanah Suci untuk menunaikan haji / umrah.
Jadi, beberapa dokumen diperlukan untuk memastikan mahram yang dibawa adalah mahram yang sah.

Untuk saya, saya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya.
Di mana? Berdekatan dengan masjid besi aka Masjid Tuanku Sultan Mizan.

Cari Blok D, Tingkat 2. Bangunan berhadapan dgn Menara Prisma. 

Alamat penuh seperti berikut:

Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, 
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100, Putrajaya.
No tel: 0388842600.
Koordinat: 2.917724,101.681222

Sila bawa sijil nikah asal bersama salinan yang nak disahkan. Tolong salin/fotostat dokumen sijil tersebut depan dan belakang ye. 

Sampai di kaunter tingkat 2 blok D. Anda boleh nyatakan maksud ke sana dan orang yg menjaga kaunter akan beri ada borang untuk diisi. 
Perlu isikan maklumat sijil nikah dan juga maklumat tentang tarikh umrah dan agensi yang menguruskan.

Setelah borang diisi, urusan pengesahan sekejap saja dan percuma.

 


Read More...

Monday, July 30, 2018

Durian

Nasib yang seorang saja dalam keluarga ini yang makan durian.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
D24 RM15/kg.
3kg RM40.

Beli di Taman Warisan Pertanian
Read More...

Tuesday, July 24, 2018

Umrah tajaan - anugerah istimewa

Panggilan telefon dari staff HR membawa berita gembira..
"Kak Jam, kita nak pilih kak jam pegi umrah dengan tajaan MSD" , begini la lebih kurang ayatnya...kami pun tak berapa nak ingat.
"Nak tak?" , tanya Julie, staff HR tersebut.

"Nak laaa, mahram ditaja sekali kan? " kami tanya kembali..
"Ya" , jawab Julie...

Alhamdulillah...



Read More...

Tuesday, April 24, 2018

Apabila berjumpa seseorang...

Apabila jumpa orang tua, selalu berfikir mereka telah buat ibadat lebih banyak dari kita..
Apabila jumpa orang muda, selalu berfikir mereka kurang dosa dari kita..
Apabila jumpa orang belum islam, berfikir jika mereka masuk islam, dosa mereka kosong...



Read More...

Wednesday, March 28, 2018

Lama sudah tidak ketemu

Assalamualaikum wbt

Lama sudah tidak bertamu di blog ini.....
Nak kata sibuk, ya, memang pun...
Tapi sesibuk mana pun kita, jika kita commit nak buat sesuatu...
kita mesti ada masa kan.
So, tak payah bagi alasan banyak-banyak la..

Habaq ja la kami dah lama tak tau nak buh apa kat blog ni...maybe sampai peringkat dah hampir lupa...
Lagipun kami byk update kat FB ja....

Takpa la naaa...nanti ada masa kami update kembali blog ni...

Bye..

Read More...

Friday, July 15, 2016

Tupperware July 2016

Read More...

Friday, May 6, 2016

Panduan Ajar Anak Solat

<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fibubapacemerlang%2Fposts%2F10157001177555372&width=500" width="500" height="725" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true"></iframe>
Read More...

Monday, February 22, 2016

Hukum2 bacaan alquran

Read More...

Sunday, January 4, 2015

Steam Banana Cupcakes @ Kek Cawan Pisang kukus


Senang je nak buat kek ni...
And it turned out soo fluffy..

Bahan2/Ingredients:
2 biji telur@eggs
100g atau 1/2 cup gula@sugar
2 biji pisang@banana..agak besar..I used cavendish banana
75g minyak masak/cooking oil...I used corn oil
1 tsp baking soda
150g tepung naik sendiri/self raising flour

Cara2/steps:
- Pukul telur dan gula. Bit the eggs and sugar
- Masukkan pisang yg telah dilecek. Add in smashed banana
- Kacau/mix
-Masukkan minyak. Add in oil
- Ayak dan masukkan tepung+baking soda. Add in siffed flour+baking soda.
- Kukus dlm 20-25min hingga masak. Steam at 20-25min until cooked.



Read More...

Bee hives bun with butterscotch sauce @ Roti Sarang Lebah dgn Sos Butterscotch

Read More...

Thursday, January 1, 2015

New Year 2015. Aisha at Krista 1st day of Orientation week.


1 Jan 2015, Hari orientasi Aisha di Krista.........
She looks happy and adapting very well to the surrounding walaupun pada mulanya kat rumah tak nak pegi school.

Classmates aisha ada nama sofia, alya, qistina, cinta....dan lain-lain yg belum dikenali. Buat masa ni, classmates aisha ada 10 orang.

Hopefully anak mama OK kat sini. Tadika ni paling dekat rumah. Apa2hal tak susah rasanya....jalan kaki pun senang incase mama abah tak boleh hantar. Mak tok pun boleh hantar, especially bila mama dalam pantang tak lama lagi ni...


Read More...

Monday, December 29, 2014

Seri Muka


Hari ni mama WFH je sebab semalam Aisha tak berapa sihat. Tengah malam aisha berak 3x....mama pun jadi tak cukup tidur. Badan aisha pun panas sikit. So mama decided ambik half day leave utk monitor Aisha dan WFH for another half day.

Sambil2 tu sempat menerai buat seri muka memandangkan semua bahan ada...
Resipi asal mama rujuk di SINI..
Tapi ada juga la yg mama adjust sikit, iaitu tambah sikit perisa pandan...walaupun air pandan memang dah dicampurkan.

Daripada resipi tu, mama cuma separuhkan sukatan. Lagipun yg nak makan cuma mama dan abah je...itu pun bila dah masak, mama abah boleh buat makan petang, boleh bg mama ida sikit, dan sambung breakfast esok nye...




Read More...

Tuesday, December 23, 2014

Happy birthday to Abah


Disebabkan Abah surprised mama last week. This week mama pulak surprise abah dengan bunga rose dan lime cheese cake.
Mama order online je di http://www.cakeshop.com.my/

In the evening, we had buffet dinner at IOI Mall Seoul Garden...
Read More...

Sunday, December 21, 2014

Apom Lenggang

Nak merasmi tfal pan 8inch yg mama beli dr US.
Buat lah apom lenggang ni...
Bahan2:
Bhgn A
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 sudu kecil yis
1 1/2 cawan air
1 sudu makan kelapa kering
Bhgn B
1 cawan santan/susu
1 biji telur
Cara2:
Campur semua bahan A dan kacau sebati.
Simpan semalaman.
Esok, masukkan bahan B.
Boleh dimasak.
*untuk yg ini, saya separuhkan bahan2....hasilnya 10 keping apom lenggang.
Read More...

Saturday, December 20, 2014

Kek Pisang Breadmaker @ Breadmaker Banana Cake

Hari ini...mama nak try buat kek pakai breadmaker.
Kebetulan ada pisang...why not kita try function cake yg ada pada breadmaker TRIO yg baru mama beli last week.
Bahan2:
100g butter
1 biji telur
120g gula
200g pisang dilecek
260g tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
Cara2:
Masukkan semua bahan dalam breadmaker. Pilih fungsi Cake. Tekan start button. Kek siap dalam masa 1jam 50minit.
Taraaaa.....
Read More...

Kek karamel coklat aka Caramel chocolate cake


kek coklat karamel...
Bahagian A. - KARAMEL
--Masak 2 atau 3 sudu makan gula hingga cair
-- sejukkan n ratakan dalam loyang

Bahagian B
--1 cawan susu cair
--1 cawan susu pekat
--3 biji kuning telur
--1 sudu assen vanila
**Blender kesemua bahan diatas dan masukkan dlm loyang yg ada gula cair sejuk. Kukus selama 30mnt. Sejukkan...

Bahagian C.
--1 cawan tepung. Ayak bersama baking powder n soda bikarbonat.
--1 cawan susu pekat
--1 cawan susu cair
--1 cawan minyak msak
--1 cawan gula
--1 cawan coklat
--4 biji telur (blender)
** masak susu cair, susu pekat, gula, minyak, coklat sehingga berkilat. Sejukkan.
** masukkan dan gaulkan tepung selang seli dgn telur kedlm coklat...
** masukkan dlm loyang yg ada karamel (bhgian A)...kukus 40 minit sehingga masak...






Read More...

Tuesday, December 16, 2014

Happy birthday to Mama


Abah buat surprise, pukul 12.50pm, di ofis...ada delivery man call mama tanya ofis mama yg mana satu. Heran jugak la mama ni sebab rasa2nya takde barang pun yg mama order. Tengok-tengok delivery man tu bawa a bouquet of roses....terkejut gak mana huuhuhu...
Niceeeee.....and i likeeeeee....
Sengih panjang along the day...

Petang at 6pm, gi celebrate kat Secret Recipe Puchong Utama dengan anak-anak...

What a day....


Read More...

Tuesday, December 9, 2014

My tefal actifry

Setelah mama membuat beberapa sesi google searching di internet mengenai kelebihan Tefal Actifry vs Philips Airfry. I decided to buy Tefal Actifry yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Mempunyai pengacau - mudah nak kacau kalau nak buat lauk2 sayur goreng or berkuah
2. Penutup transparent - boleh nampak keadaan makanan yg dimasak.
3. Mempunyai aksesori - iaitu tray utk menggoreng makanan rapuh yg tidak memerlukan pengacau. Ciri ini sama macam pakai airfryer, just bubuh makanan dan tak perlu nak kacau.
4. Unattended - Boleh ditinggalkan, dan ciri ini juga ada pada Philips Airfryer
5. Dinding dapur tak berlemoih...

Di Malaysia, actifry ni boleh kata masih baru iaitu sekitar April 2014 baru di bawa masuk ke Malaysia. Harga Tefal Actifry dan Philips Airfryer pun sebenarnya lebih kurang sama iaitu dalam RM700-800. Ada juga yg menjual di mudah.my dgn harga lebih murah iaitu RM650 tetapi mama find out, yg dijual di mudah tu ada yg warranty dah habis sebab owner dah beli lama di luar negara.
Di facebook, ada yg beli di UK dan jual dgn harga RM699, kemudian tambah accessory tray tu dlm RM80+. Maka harga pun jadi lebih kurang 780+ juga kan? Kemudian, nak dapat barangnya lambat dan kene tunggu ETA ke Malaysia lagi....kene self-pickup lagi...dan warranty entah ke mana hala.
Bila mama message fb org tu pun tak dibalas. Jadi, sorry lah...saya cari tempat lain lah kalau mcm ni...

Di Lazada di jual RM799 dgn diskaun, harga asal RM999. Kebetulan pada 1 Disember ada offer di Lazada membolehkan 10% diskaun sekiranya membeli menggunakan Master Card. Ohh...sungguh sangat-sangat menggoda mama...Mama sampai sakit kepala nak beli or not..nak beli or not...
Finally by petang, beli juga....terus hilang sakit kepala. So, setelah dapat 10% diskaun, harganya jadi RM719.10 . Yahoo! 

Pada khamis 4 Disember 2014, Actifry selamat diterima di ofis mama. Ohh i like!!!
The more i like is when i opened the box, the item comes with accessory - which is the tray. I thot kene beli separate accessory tu......Alhamdulillah. This price is far more berbaloiiii....

Esok pagi, mama try goreng nugget. Set timer 15min. The result, wallah!!! 


On weekend, mama try masak spaghetti aglio olio. Result not so impressive, agaknya sebab spaghetti tu panjang bertali2 sedangkan pengacaunya nya berpusing slowly dan tak dapat nak kacau betul2...
mama terpaksa stopkan kejap dan gaul spaghetti tu utk meratakan dgn ingredients....some part spaghetti jadi dry/keras. But i still accept it sebab dalam manual pun takde suggest actifry ni utk masak pasta. I just memandai kan....


On weekend juga mama try nak masak rendang, tapi memandangkan rendang tu agak berair sebab ditambah 4 cawan santan, kuah bykkk.....So, mama test la actifry tu dgn bubuh air byk2, unfortunately mmg air akan melimpah masuk ke lubang di tengah, bawah pengacau tu...huh! Batalkan hasrat nak buat rendang pakai actifry.

Kesimpulan yg boleh dibuat, sememangnya actifry tak sesuai nak masak lauk2 yang berkuah banyak.
Kalau berkuah sikit2 boleh le....dan goreng2 frozen food sesuai sangat....
Suami nak buat pun mudah...Guna minyak siiiikittt je.....
Mama suka guna olive oil je...tuang sikit tak sampai 1 sudu pun kot....
The food come out good enough to eat. Better than menggoreng menggunakan kuali dgn minyak yg banyak di atas stove.




Read More...

Saturday, November 8, 2014

Birthday aisha luqman 2014

Birthday anak-anak. Luqman pada 6/9 dan Aisha pada 4/11. Tapi pada 8/11/2014 baru mama sempat buat homemade cake utk anak-anak kesayangan mama ni. Kek marble yg sapu nutella dan dihias strawberry dan blueberry je yg mama larat nak buat. Bila birthday anak-anak, rasa macam tak lengkap dan kurang sentimental value kalu tak ada homemade cake, walaupun rasa cake nye tak la sesedap mana. 
Btw, on the birthdate itself, abah, mama dah bawa anak2 celebrate di Secret Recipe. Tapi cuma order 1 or 2 slices je la instead of 1 whole cake. Then, bila ada masa baru mama buatkan yg homemade cake.
Birthday party? No party....
Esok anak-anak dah sekolah tak pasti la pulak mama nak buatkan Birthday party ke? Semacam tak nak biasakan diaorg dengan Birthday party bagai......
just a simple celebration is enough.

Semoga anak-anak mama dan abah menjadi anak dan insan berjaya cemerlang di dunia akhirat. Kamu berdua amanah Allah kepada kami....semoga mama dan abah mampu menjaga kamu berdua sebaik2nya...insha Allah....
Read More...