Saturday, December 20, 2014

Kek Pisang Breadmaker @ Breadmaker Banana Cake

Hari ini...mama nak try buat kek pakai breadmaker.
Kebetulan ada pisang...why not kita try function cake yg ada pada breadmaker TRIO yg baru mama beli last week.
Bahan2:
100g butter
1 biji telur
120g gula
200g pisang dilecek
260g tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
Cara2:
Masukkan semua bahan dalam breadmaker. Pilih fungsi Cake. Tekan start button. Kek siap dalam masa 1jam 50minit.
Taraaaa.....
Read More...

Kek karamel coklat aka Caramel chocolate cake


kek coklat karamel...
Bahagian A. - KARAMEL
--Masak 2 atau 3 sudu makan gula hingga cair
-- sejukkan n ratakan dalam loyang

Bahagian B
--1 cawan susu cair
--1 cawan susu pekat
--3 biji kuning telur
--1 sudu assen vanila
**Blender kesemua bahan diatas dan masukkan dlm loyang yg ada gula cair sejuk. Kukus selama 30mnt. Sejukkan...

Bahagian C.
--1 cawan tepung. Ayak bersama baking powder n soda bikarbonat.
--1 cawan susu pekat
--1 cawan susu cair
--1 cawan minyak msak
--1 cawan gula
--1 cawan coklat
--4 biji telur (blender)
** masak susu cair, susu pekat, gula, minyak, coklat sehingga berkilat. Sejukkan.
** masukkan dan gaulkan tepung selang seli dgn telur kedlm coklat...
** masukkan dlm loyang yg ada karamel (bhgian A)...kukus 40 minit sehingga masak...






Read More...

Tuesday, December 16, 2014

Happy birthday to Mama


Abah buat surprise, pukul 12.50pm, di ofis...ada delivery man call mama tanya ofis mama yg mana satu. Heran jugak la mama ni sebab rasa2nya takde barang pun yg mama order. Tengok-tengok delivery man tu bawa a bouquet of roses....terkejut gak mana huuhuhu...
Niceeeee.....and i likeeeeee....
Sengih panjang along the day...

Petang at 6pm, gi celebrate kat Secret Recipe Puchong Utama dengan anak-anak...

What a day....


Read More...

Tuesday, December 9, 2014

My tefal actifry

Setelah mama membuat beberapa sesi google searching di internet mengenai kelebihan Tefal Actifry vs Philips Airfry. I decided to buy Tefal Actifry yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Mempunyai pengacau - mudah nak kacau kalau nak buat lauk2 sayur goreng or berkuah
2. Penutup transparent - boleh nampak keadaan makanan yg dimasak.
3. Mempunyai aksesori - iaitu tray utk menggoreng makanan rapuh yg tidak memerlukan pengacau. Ciri ini sama macam pakai airfryer, just bubuh makanan dan tak perlu nak kacau.
4. Unattended - Boleh ditinggalkan, dan ciri ini juga ada pada Philips Airfryer
5. Dinding dapur tak berlemoih...

Di Malaysia, actifry ni boleh kata masih baru iaitu sekitar April 2014 baru di bawa masuk ke Malaysia. Harga Tefal Actifry dan Philips Airfryer pun sebenarnya lebih kurang sama iaitu dalam RM700-800. Ada juga yg menjual di mudah.my dgn harga lebih murah iaitu RM650 tetapi mama find out, yg dijual di mudah tu ada yg warranty dah habis sebab owner dah beli lama di luar negara.
Di facebook, ada yg beli di UK dan jual dgn harga RM699, kemudian tambah accessory tray tu dlm RM80+. Maka harga pun jadi lebih kurang 780+ juga kan? Kemudian, nak dapat barangnya lambat dan kene tunggu ETA ke Malaysia lagi....kene self-pickup lagi...dan warranty entah ke mana hala.
Bila mama message fb org tu pun tak dibalas. Jadi, sorry lah...saya cari tempat lain lah kalau mcm ni...

Di Lazada di jual RM799 dgn diskaun, harga asal RM999. Kebetulan pada 1 Disember ada offer di Lazada membolehkan 10% diskaun sekiranya membeli menggunakan Master Card. Ohh...sungguh sangat-sangat menggoda mama...Mama sampai sakit kepala nak beli or not..nak beli or not...
Finally by petang, beli juga....terus hilang sakit kepala. So, setelah dapat 10% diskaun, harganya jadi RM719.10 . Yahoo! 

Pada khamis 4 Disember 2014, Actifry selamat diterima di ofis mama. Ohh i like!!!
The more i like is when i opened the box, the item comes with accessory - which is the tray. I thot kene beli separate accessory tu......Alhamdulillah. This price is far more berbaloiiii....

Esok pagi, mama try goreng nugget. Set timer 15min. The result, wallah!!! 


On weekend, mama try masak spaghetti aglio olio. Result not so impressive, agaknya sebab spaghetti tu panjang bertali2 sedangkan pengacaunya nya berpusing slowly dan tak dapat nak kacau betul2...
mama terpaksa stopkan kejap dan gaul spaghetti tu utk meratakan dgn ingredients....some part spaghetti jadi dry/keras. But i still accept it sebab dalam manual pun takde suggest actifry ni utk masak pasta. I just memandai kan....


On weekend juga mama try nak masak rendang, tapi memandangkan rendang tu agak berair sebab ditambah 4 cawan santan, kuah bykkk.....So, mama test la actifry tu dgn bubuh air byk2, unfortunately mmg air akan melimpah masuk ke lubang di tengah, bawah pengacau tu...huh! Batalkan hasrat nak buat rendang pakai actifry.

Kesimpulan yg boleh dibuat, sememangnya actifry tak sesuai nak masak lauk2 yang berkuah banyak.
Kalau berkuah sikit2 boleh le....dan goreng2 frozen food sesuai sangat....
Suami nak buat pun mudah...Guna minyak siiiikittt je.....
Mama suka guna olive oil je...tuang sikit tak sampai 1 sudu pun kot....
The food come out good enough to eat. Better than menggoreng menggunakan kuali dgn minyak yg banyak di atas stove.




Read More...

Saturday, November 8, 2014

Birthday aisha luqman 2014

Birthday anak-anak. Luqman pada 6/9 dan Aisha pada 4/11. Tapi pada 8/11/2014 baru mama sempat buat homemade cake utk anak-anak kesayangan mama ni. Kek marble yg sapu nutella dan dihias strawberry dan blueberry je yg mama larat nak buat. Bila birthday anak-anak, rasa macam tak lengkap dan kurang sentimental value kalu tak ada homemade cake, walaupun rasa cake nye tak la sesedap mana. 
Btw, on the birthdate itself, abah, mama dah bawa anak2 celebrate di Secret Recipe. Tapi cuma order 1 or 2 slices je la instead of 1 whole cake. Then, bila ada masa baru mama buatkan yg homemade cake.
Birthday party? No party....
Esok anak-anak dah sekolah tak pasti la pulak mama nak buatkan Birthday party ke? Semacam tak nak biasakan diaorg dengan Birthday party bagai......
just a simple celebration is enough.

Semoga anak-anak mama dan abah menjadi anak dan insan berjaya cemerlang di dunia akhirat. Kamu berdua amanah Allah kepada kami....semoga mama dan abah mampu menjaga kamu berdua sebaik2nya...insha Allah....
Read More...

Sunday, August 17, 2014

Anniversary at Grand Lexis PD

Tanggal 16-17 Ogos 2014. Berangkat lah kami ke PD sempena menyambut Anniversary ke 8 ( 18 Ogos 2014 ). Abah belanja tidur di Grand Lexis....yahoo!!!

Air pasang di pagi 17 Ogos 2014

Private indoor pool yang sedalam 4ft, jenuh mama dan abah kene pegang aisha dan luqman.....Oh kedalaman pool ini tidak sesuai dgn budak2 kecil...

2 biji katil king.......mama & aisha 1 bed, abah & luqman 1 bed....Best!!!!

Best! Best!.....taktau bila nak mai sini lagi......

Read More...

Monday, July 28, 2014

Raya 2014. 1 syawal 1435, 28 Julai 2014


Selamat Hari Raya Aidilfitri Everybody!!!!!

Gambar raya tiada yang menarik!
Read More...