Monday, May 4, 2009

Cuti 3 hari

1 May 2009 Labor day.
Jatuh pada hari jumaat.
Kami balik kampung Parit Buntar..
Seronok laa....
Dapat makan mi sanggul, ikan keli bakar, pajeri...
Best best..
Petang2 main badminton.
Malam pulak hujan dengan lebat...
Tidoq pun best....
Semua nya best lah! Read More...

Wednesday, April 29, 2009

Kesihatan yang semakin baik..

Alhamdulillah.
Kesihatan dah semakin baik.
Mungkin berkat air penawar Darussyifa' dan Air zam zam dari mak abah Alor Star.
Tak sangka pulak MIL trus beli tiket bas lepas jam mengadu tak larat keje melalui SMS.
Malam jumaat minggu lepas diaorg sampai.
Mak bapak biasa la...x senang duduk agaknya bila anak menantu dia sakit.

Tak larat memang le x larat jugak...tapi on & off.
But sempat jugak bwk mak pegi Ikea, Butik Sri Munawwarah, Subang Parade, Sunway Pyramid.
Lagipun x boleh dilayan sangat badan yang tak larat ni...Nanti lambat nak sihat nya.

Alhamdulillah...minggu ni boleh bekerja dengan agak selesa...
Keje pun makin bertimbun pulak....wah wah wah...
Mau jatuh sakit balik..isk...harap tidak.

One thing for sure, jam kene makan selalu...
Setiap jam at least kene mengunyah makanan.....
Kalau tidak, takut angin kus kus datang menyerang lagi...
kemudian meleret kepada pening dan muntah-muntah which is very menyiksakan.....
Kene ubah cara hidup iaitu dengan ubah diet pemakanan...dan maybe juga tambahkan lagi ibadah kepada yang Maha Esa.
Mungkin sakit yg diberi, adalah sebagai satu peringatan. Read More...

Monday, April 20, 2009

Kesihatan yang hilang....

Kadang-kadang kita tak sedar betapa pentingnya kesihatan untuk kita jaga sampai la kita merasa kehilangannya.
Semuanya bermula dengan aktiviti Treasure Hunt dan so called "Team Building" pada 20-21 March.......nak dijadikan cerita...ramai pulak yang terjebak dengan food poisoning selepas terlibat dengan aktiviti 'paksa rela' tersebut...termasuklah aku sekali.
Sejak dari hari pertama, masa on the way ke cherating....perut dah mual semacam dalam kereta, sampai RnR terus muntah berlambak2.....Tuhan saja yang tau siksanya..peningnya...
dengan terpaksa memerah otak menjawab soalan treasure hunt yang banyaknya mengalahkan treasure hunt public yang kat luar nun...
Aku memang suka treasure hunt, tapi frankly speaking...bukan treasure hunt yg dipaksa dan diatur sebegini rupaaa....ooohh pleasee.....
Lupakan cerita treasure hunt.

Bermula minggu tu, tiap2 minggu mesti ada mc...semuanya disebabkan badan yang jadi macam tak betul...asal salah makan sikit..muntah berderet2 tak hingat punya. Letih dan lembik bila makanan dipaksa keluar dari badan...sampai kering rasanya badan ni.
Jumpa doktor siap dapat injection kat bontot dua kali. Tapi baiknya hanya sementara....
Doktor pun dah give-up dan suggestkan kami ke specialist.
So, sabar lah dulu untuk seminggu cadangnya nak jumpa specialist on weekend.
Tapi, hari khamis 16 april , pagi2 dah terpaksa pegi jugak jumpa specialist kat columbia asia..sebab malam smlm nya diserang muntah2 yg teruk lagi.
Nak tunggu weekend mmg dah tak sanggup dan x larat.

Bermula lagi satu penyiksaan di hospital, belum jumpa doktor dah disiapkan untuk ambil urine dan blood untuk test. Bagus dan cekap doktor2 pakar hospital swasta ni ye...
Kene tunggu pulak 1 jam untuk dptkan result blood n urine test. Pukul 11 pagi baru masuk jumpa physician, nampaknya result darah dan urine semua negative. Doktor pun tak dapat nak buat conclusion lg sebab x nampak ada tanda2 yg tak kene pun dr result tu. Tapi disebabkan history aku pernah kene ectopic and miscarriaged, physician pass ke gynae dulu just untuk double confirm yang kes ni xde kene mengena dgn mengandung or whatsoever yg berkaitan. Padahal result urine & blood mmg dan confirm tak pregnant.
Sampai ke gynae, dr. scan ovary & uterus everything clear & normal. Then, pass balik ke physician....
Finally dr. advised to be admitted for further checking & monitoring...
Nak tengok progress and responds to medication.
Haiyoooo.........bende yang paling taknak kene jugak dilalui...
Trus admit dan dipasang drip...
Belah petang kene inject ubat 2 jenis melalui drip, punya la sakit nurse tu inject....sampai kebahu sakitnya....Alhamdulillah xde muntah petang tu.
Sebelah malam dr. datang melawat dan inform kene buat ultrasound sebelah pagi esok.
So, x boleh makan lepas 12mlm...
Ashraf pun dah balik.
Perut lapar yg amat...tidur x boleh...
I didn't care...i called nurse...asked them to give me food. I am totally hungry..psl makan malam tadi x lalu...
Nurse benarkan minum milo saja. Ok fine..
Pukul 1.0 am, call nurse lagi...I need sleeping pill...i cannot sleep.
Dapat....dalam kul 2 terlelap..but then...4.0 am dah jaga and tak boleh tidur dah...
Ooohhhh siksanya rasa..
esoknya pukul 9 pegi buat ultrasound, tak larat sangat dengan perut yg lapaq dan kencing pun x boleh. pasal ultrasound lebih elok time full bladder katanya.
lepas settle ultrasound baru dapat breakfast bubur. tapi masa dah terlambat, angin dah mula masuk badan dah. Makan pun dah x lalu, lps makan start muntah balik.
Nak baring ke duduk nng dah x selesa, pening, loya...mintak ashraf cari doktor, nak mintak balik haritu jugak.
dah sangat x selesa nya...
Dekat pukul 12 jumpa dr. ckp nak balik, dr. benarkan dan lepas ni kalu muntah2 lg kene buat 'scope' je, maksudnya masukkan camera dlm perut...lain cerita lah, yg penting nak balik secepat mungkin.
Nasib baik nurse2 baik belaka, cepat2 diaorg cabutkan drip, at least xde la tangan ni duk lenguh, nak bergerak pun terhad.
Urusan checkout pun lama gak....dpt bill rm1503.53..fuh! utk a few test dan tido 1 malam. Balik rumah cam lembik gila dah...sampai malam asal makan, muntah..asal makan muntah.
dalam hati, nak mati ke aku ni???
Sabtu 18hb, badandah ok sikit, xde muntah...makan mmg x lalu tapi sumbat jugak psl takut angin.Tido malam pun dah lena walaupun subuh turun tido kat depan tv kat bwh, xtau apa yg x kena.
Ahad 19hb, 830am dah gerak ke darul shifa bangi, nak mintak air penawar. Tunggu dalam 1 jam jugak..ramai org dgn pelbagai penyakit yg dtg..ada yg duk terbaring, kesian.
Aku sendiri pun bkn larat sgt duk menunggu tapi sabar je la sampai giliran.
Cara berubat dia mintak nama dan nama ibu. Pastu dia pegang kepala dan baca doa sambil tiup, tak berani nak tengok atas or muka pengubat tu. pastu dia ada mintak ashraf pegang perut dan tangan dia letak atas perut sambil baca doa lagi.
Kemudian air tu disuruh minum dan buat mandi 3 kali.
Lepas balik, anon dtg rumah, lunch kat rumah sekali depa beli briani gam...lalu gak makan.
Pastu sampai skrg badan masih terasa lemah lagi, tp semakin baik...cuma harini terasa ada angin gak. Bila terasa nak muntah, buat2 malas nak layan..
Ya Allah, harap2 kesihatan ni bertambah baik dan segala penyakit hilang selamanya.
Susah betul dan tersiksa rasanya bila nikmat kesihatan tu ditarik..
Untuk ashraf, terima kasih byk kerana sabar menjaga isteri. Abang memang suami terbaik. i love u Read More...

Sunday, March 29, 2009

Tioman


25-28 Mar 2009, Tioman trip.
Sun Beach Resort, Genting Village, Tioman , Pahang Darul Makmur.

25 Mar
4.15am, bergerak dari Puchong melalui PLUS menuju ke Tol Ayer Hitam. Sebelum tu, singgah di R&R Pagoh untuk solat subuh dan beli kuih sikit utk. alas perut.
Selepas exit tol Ayer Hitam, ikut GPS menuju ke Mersing melalui jalan biasa.
Hampir 9am, kami tiba di Mersing. Parking kete di tempat parking berbayar, angkut beg semua menuju ke ofis SunBeachResort. Setelah bayar balance duit pakej, dapat tiket ferry, kitaorg breakfast kat kedai makan kat situ gak...Then, pukul 950 macam tu start tunggu ferry kat waiting area. 10.15am, ferry bergerak menuju tioman.
Dalam ferry tu kejap2 tido, kejap2 jaga...pasal boring gak duk dlm tu. Tingkap ferry pun tinggi, bukan boleh nampak apa sangat.
Hampir pukul 12tghari, sampai di Jetty Genting, Tioman. Atikah menyambut kitaorg. Then, trus check-in bilik. Dapat bilik atas bukit sikit..kene menapak naik tangga . Nasib baik x tinggi sangat. View dr. bilik ok la...boleh nampak jetty, laut..
Pastu relex kejap....penat bah...
Then, pegi lunch kat kedai makan dkt2 dgn jetty....
Ashraf order nasi goreng ayam, aku order nasi putih + tomyam...Tak sedap sangat pun...Makan pun tak abis...yang boringnye..ada lalat mengganggu....haiya...
Pas makan, masuk bilik..solat, then, tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
melepaskan penat....
Pukul 5 ptg lebih kurang....we all start pusing2 tengok kawasan...
Kampung genting ni takde la menarik sangat2....tapi, complete dgn balai raya, masjid, klinik, kedai2...We all jalan2 tengok resort2 lain yg ada kat situ.....sampai ke Idaman Beach Holiday, pasir putih kat situ...dan ade jetty kayu..sambil tu lepak2 kat jetty kayu, tengok ikan...best gak rr...
Air laut is undeniable memang clear gile laa...
Then, kitaorg lepak kat depan resort je...Ada beach bar kat situ pasang lagu2 omputeh lama.....baring2 kat kerusi pjg ala2 santai...kemudian, kitaorg jalan naik ke belah utara Genting pulak...lalu ikut Genting Damai Resort...Genting Happy Inn...pastu siap lalu ade satu kubur lama...Waktu pun mcm dah nak maghrib...pastu suasana ala2 cam seram sikit...x jadi proceed...balik bilik le mandi.....kesimpulan, area Genting ni...resort Sun Beach la yg paling OK...
nasib baik pilih yg ni....
Malam, dinner kat restoran SBR, ade 2 couple jek....kitaorg n the other couple tu pengantin baru...inai pun duk merah lagi...Lauk pauk banyak....cuma agak berminyak.
Lepas makan, lepak tepi pantai kat kerusi santai lagi...Mcm boring gila la pulak sunyi sangat xde org..
Tido..

26 Mar
Breakfast bihun + roti bakar.
Snorkeling di Renggis Island best!!!,
Pastu gi Marine Park, snorkel gak..cuma kat MP xde coral but byk ikan yang besar2.... Pastu gi Duty Free Shop kat Tekek, beli coklat dan souvenir..Tekek ni adalah the most developed area kat Tioman. Kira mcm pusat bandar le hehehe....byk construction kat situ...dia nak buat ala2 mcm langkawi....
Lunch kitaorg telah siap di packed....so,haritu kitaorg lunch kat Marine Park, sblm gerak ke Tekek...
Details gambo bleh tengok kat fotopages later..
By 2.30pm, balik resort balik....penat yg amat.
Pastu kepala pun pening satu macam..
Malam ada BBQ, ade mi goreng dan nasi goreng, puding, buah tembikai..selain dr ayam,sotong,sosej bbq..
BBQ tu buat utk kitaorg 1 couple, then another 1 couple dan ade sorang mamat baru sampai bercuti sorang2...
Kitaorg lepak makan bbq kat 'beach bar' sambil tengok buletin utama, ada berita perhimpunan UMNO..boring boring.

27 Mar,
Breakfast best...Roti bakar, nasi lemak, bihun/mi sup...menyesal pulak tak belasah banyak2..
Hari ni actually free n easy utk kitaorg....
So, dalam pukul 9 lebih kitaorg pakai life jacket, google, flipper yg dah disewa sejak semalam...gi snorkelling kat area depan Idaman Beach Holiday...
Kat situ ade jeti kayu, mula2 bagi makan ikan dgn roti je kat jetty tu...
Pastu ashraf turun start snorkelling...fuh! punya la dalam!..
Tengok dr atas jetty mcm cetek....tapi dalam sioutt....ngeri gak rasanya bila tengok pemandangan dalam laut thru google tu...
Tapi seronok gak le pasal boleh nampak banyak ikan walaupun kat area jetty je...
Tak perlu pi snorkelling jauh2....
Tengahari lunch ...best gak lunch hari tu...
Ashraf gi solat jumaat kat masjid kampung Genting...Pastu kitaorg lepak bilik je...
Belah petang, orang dah start banyak check-in kat SBR, haritu baru nampak orang ramai kat area SBR....
Kitaorg pun dah xtau nak lepak mana pasal org dah ramai....so, kitaorg lepak jauh sikit kat2 resort lama dkt2 rumah org kat tepi pantai, towards Idaman Beach Holiday.
Main2 kucing kejap....kucing org situ gemuk2 le..geram eden..
Pukul 5 snorkelling depan SBR...
Jam snorkelling kejap je...pasal pening la pakai google tu...Lagipun badan masih mcm mual2 tak sihat. So, tunggu tepi pantai je laa..
Ashraf gi snorkel kat tempat yg dalam dgn mamat yg dtg bercuti sorang2 tu...
Seronok la dia nampak byk coral even area depan SBR itself.....cuma kene pegi agak jauh la...over the boya.
Malam, dinner cam biasa....lauk as usual mesti ada at least sotong,ayam, ikan, sayur, buah....air pulak balik2 air manggo je diaorg bagi...naik muak minum air manggo.
Tapi malam tu ade ramai sikit yg dinner. then, after dinner, lepak bilik tengok tv1 ( tv1,tv2 je yg clear sikit).....tak pernah2 tgk tv1, malam tu tengok tv1 cerita 'puisi buat anis' hahahah..

28 Mar,
Breakfast bubur,bihun,baked beans,telur dadar,roti kat restoran SBR. Sempat sembang2 dgn mamat yg bercuti sorang2 tu...nama dia mat noor x silap....exchange handphone no. dgn ashraf....Mat noor tu balik pagi2 tu lepas breakfast. ferry 7.30.
We all balik bilik packing...then, 9.45am mcm tu gerak gi jetty tunggu ferry. Sementara tunggu tu, bagi makan ikan roti dulu...
10.40am baru ferry sampai kat jetty Genting...
12 lebih camtu sampai Mersing....
ambik kete, bayar parking RM25.20, pastu lunch kat area mersing gak....then trus gerak balik.....singgah solat jamak kat RnR overbridge Ayer Keroh...

Letih gilaaaa Read More...

Saturday, March 7, 2009

Cerita baru

Punya lama tak tulis blog ni. Last update bulan 1 dulu...

So, kitaorg summarizekan sikit2 je...tu pun setakat aktiviti yg lain dari hari kebiasaan..

Jan 09
Masa CNY (24,25hb), pegi Melaka, ada kenduri Lina & Zul..
Overnight 1 malam kat bandaraya melaka..pusing2 melaka naik menara taming sari, naik beca, gi medan ikan bakar umbai...maklumlah ashraf x pernah pegi umbai.
So, kitaorg gi la....travel senang...sbb ada GPS..
Harga seafood sana ok lah!!! kalu kat Port Klang silap2 double.
Esoknya whole day lepak A Famosa Safari...
Rasa2nya ni dah kali ke 4 pi A Famosa Resort..Masuk animal safari je dah 3 kali.
Tapi ashraf baru 1st time masuk Safari...
Baru dia tau memang berbaloi masuk walaupun tiket mahal!.
Promo promo..

Feb 09
Ala2 reunion ISD lagi....tapi kali ni kat kenduri kahwin anak En.Yaacob.
Tempatnya kat kelab Shah Alam, buat pulak waktu malam.
Seronok gak la first time gi kenduri ala bollywood.
Dengan ada show segala bagai...
Paling lawak, masa nak balik...org ramai( termasuk aku ) sibuk nak amek gambo dgn pelakon zahida rafik ( anak buah En.Yaacob )...

Hal ofis pulak....CP dah habis contract...
Sunyi gak la dia takde......what to do...
Hal keje/ ofis xyah cerita kat blog la noooo.....

Lani, sibuk planning tioman trip ujung bulan ni.... Read More...

Monday, January 12, 2009

ISD Reunion & Appreciation Night for Mr.Yaacob , 10 01 2009




A quick recap and chronology of the event ( by Kumar )



1. Event started at about 6pm with socializing and I believe it was an
avenue for all to catchup with each other.
2. At about 7:20pm we started the MC taking the floor brought us thru a
lot memories with En. Yaacob.
3. Zafawi did a short prayers (bacaan doa)
4. ANG did a TOAST and kickoff the dinner session
5. We played the video which we captured during the socializing session
but unfortunately the sound system was not working so we would try to burn
into CD or post online
6. We had a surprise birthday celebration for yaacob, he cut the cake
with a samurai
7. Siti handed over a birthday gift to yaacob
8. For some unknown reason the organizing team told me to give a speech
, I share about some of the info I knew about yaacob and my experience with
yaacob.
9. I invited all XISD staff to stage and read a POEM (attached) which
was dedicated to him.
10. Then there was a simple game conducted by ISD member (RAHMAT) and
the VIP table won the game
11. Prize handed over by Khairi
12. At about 915, Hisham gave a wonderful speech again relating his
experience with yaacob and called all ISD members to standup and dedicated a
POEM to yaacob. Best part was towards the end of the POEM, all the ISD staff
SALUTE to our HERO.
13. I then conducted a Quest game and Hisham's table won the game
14. Prize handed over by huzaimi
15. We had 2 phone calls to relay their message personally to En. Yaacob
16. Mrs Yaacob gave a short special , he was accompanied by yaacob and
made an intro of how he met mrs. Yaacob.
17. We then played a 10 minutes flash presentation "Down the Memory
Lane" recap his 35 years in PANASONIC
18. Finally En. Yaacob gave his speech - really a good one. Key point he
suggested to have a reunion at least once a year. I strongly agree and would
work towards it.
19. Rozaimah then handed over the OUR GIFT to en. Yaacob (An Executive
BAG),
20. And after that Durai and Zuhir was making arrangement for photo
session and this time we had 5 different session

a. All guys with mr&mrs yaacob
b. All gals with mr&mrs yaacob
c. All attended with mr&mrs yaacob
d. All ISD mr&mrs yaacob
e. All XISD with mr&mrs yaacob

21. Finally the event was closed by Rajeen with a thank you note
22. After the event all of us lined up to wish Mr.&Mrs. Yaacob, bye .
During that time, En Yaacob gave us a surprise, where he presenting us a
thank you gift. Printed with ISD REUNION, THANK YOU - JAN 09.
23. That was about 10:45pm. But most of them were still mingling around
with each other (another socializing session) till 11:30pm.
24. As usual there was another group already start planning the next
activity - headed by shanker, ang, ng and obviously myself.
25. Finally we ended up at the Sheraton Lounge where it was fun again
(FULL MUHIBAH & UNISEX participation). This session lasted till 2:45am.
26. I reached home around 3am.



The event was full of FUN and GREAT arrangement by LINDA & TEAM. Read More...

Monday, January 5, 2009

Gambar-gambar Teluk Batik 2


Read More...