Sunday, November 9, 2008

5S

Rasa seronok je bila hari cuti hujung minggu menjengah....boleh berehat lebih sikit, boleh tengok tv lama sikit, boleh tidur lebih sikit, boleh mengemas rumah, boleh masak kat rumah, boleh jalan2 gi shopping buang duit hahaha. Semalam kitaorg buat 5S kat rumah , lebih spesifik kitaorg kemas bilik tetamu. Bawah katil bilik tu dah penuh dengan barang2 dan baju lama. Sakit mata dgn pemandangan bawah katil tu...dgn berhabuk satu hal lagi. Bilik pun tak besar mana, dengan katil bujang satu. Bila ada sedara mara yang lebih dr. sorang dtg, kene la tidur bawah. Jadi, sure tak cantik bila tengok pemandangan bawah katil tu.

Kitaorg lebih tumpu pada mengemas pakaian2 lama, beg lama, cadar, selimut lama. Almari baju bilik kami, dan almari2 lain yg ada simpan baju pun kami kemas jugak. Kitaorg bahagikan baju2 yang elok dan boleh diberi pada org, dan jugak baju2 yg. boleh dikategori kain buruk. In the end, dapat 2 plastik besar pakaian2 dan beg yg boleh didermakan. Puas hati gak la. Baju2 dan brg2 yg dibuang pun ada lebih kurang 2 plastik IKEA yg besar tu. Kalau tak buat 5S sekali sekala, memang silap2 rumah penuh dgn sampah sebenarnya. Kadang2 bukan apa, kita selalu rasa sayang bila tengok barang2 lama yg tak dipakai dah ni...Tapi bila fikir2 balik, drpd tak pakai, baik kita dermakan pada org lain yang memerlukan. Kalau rasa nak derma pun segan, psl dah tak elok. Buang saja. Tak perlu nak rasa sayang2 sgt...nanti rumah sendiri yang makin lama makin sempit psl jadi store.

Sebelah petang semalam, kitaorg bawak pakaian2 nak didermakan tu, pegi depan Giant Bandar Puteri, masukkan dalam rumah kecik yang ada kat depan parking tu..ada pintu kecik untuk kita masukkan barang2 untuk diderma..rasanya kerajaan yg provide rumah kutip barang2 derma tu. Perkhidmatan pick-up dr. rumah pun ada incase kalu kita nak derma perabut or barang2 elektrik yg besar2. So, selesai...aktiviti mengemas barang. Lupa nak snap gambo2 hasil 5S semalam.

Malam, gi open house di rumah Durai kat Saujana Puchong. Jumpa jenny and jim, borak panjang gak masing2....then, pukul 9, cabut psl nak tengok sehatiiiiiiiiiiiiiii....berdansaaaaaaaaaaaaa.....

0 comments: