Monday, December 8, 2008

Raya korban 1429

Namanya pun hari raya korban, so, tahun ni pun consider kami suami isteri berkorban beraya di puchong. Bukan taknak balik, tapi, sebab ujung minggu ni ada majlis akad nikah abang besaq, so, susah pulak nak berulang alik few times. Jadi, kami pun beraya 2 orang di Puchong.
Semalam, sempat pegi Kompleks PKNS Shah Alam, nak cari tudung dan baju kurung. Pusing2 dapat la 4 pasang baju kurung dan 5 helai tudung. Actually baju2 ni nak pakai utk. pegi keje. Kebetulan nak raya, kira baju raya haji gak le. Salah satu utk. baju kenduri kahwin abg. besaq nanti. Ashraf x beli baju pun...dia beli capal sepasang, untuk kenduri jugak. Kat PKNS ni ade a few gerai jual kuih raya dan jugak ketupat nasi,palas..sekali dengan rendang dan serunding. Mula2 rasa mcm. nak beli ketupat palas, tapi, last2 tak beli pun. Lagipun bukan tau ada tetamu ke tak yg. nak dtg. beraya kat rumah kitaorg di puchong tu. Semalam, lepas gi PKNS , pegi shopping barang2 dapur di TESCO Shah Alam. Cari kacang tanah nak buat kuah kacang pun very limited...yang ada pun jenis organik, yang bukan organik pulak dah siap pack 1kg. Kitaorg bukan nak masak banyak2 pun, last2 ambik yg. package 300g dah siap buang kulit punye kacang. putihhh je..Cari ketupat plastik ADABI/NONA habis kut...xde langsung. Yang ada cuma lemang/ketupat palas plastik tu....arghh, malas la beli yang tu psl. kalu pulut nak kene makan dgn. rendang. Last2 pegi beli kat kedai runcit dkt2 rumah je. Nasib baik ade..

Malam tadi, sempat la buat kuah kacang, kuah kacang nye kurang merah pasal nak merah sgt nanti pedas pulak. Pastu kulit kacang mmg totally dah dibuang, jadi putih sikit la kuah kacang kali ni hahahah...pasal takut lebih putih, pakai gula perang dan bubuh sos cili sikit...hahahaha...pandai2 le aku adjust. Paling best, lupa bubuh garam...hhiihihihi...
Hari ni, lepas balik solat sunat raya..baru teringat lupa bubuh garam dalam kuah kacang hihihi...kuang! kuang! kuang!

10 Zulhijjah 1429, Pagi raya...hujan....tidur best jeee...
Bangun pukul 6.45am, solat subuh sama2 macam biasa.
Pastu iron baju raya dan telekung.
Mandi sunat hari raya, kemudian, pukul 8.05am, kitaorg keluar rumah untuk bersolat sunat raya di masjid bandar bukit puchong.
Jalan naik ke masjid, dah siap di tar, so, senang sikit kereta nak naik ke atas bukit. Masa kami sampai, parking dah agak penuh..Saf perempuan pun dah lebih separuh. AJK masjid bukak tikar dan bentang di bahagian luar. Masjid bbp ni luas bahagian verandah sekeliling nya. So, agak selesa gak walaupun ada jemaah tak dpt masuk dalam.
Solat bermula lebih kurang pukul 8.30am, kemudian kutbah. Pastu 9 lebih habis la..Time tu pun hujan lagi, cuma tak lebat sangat. Tapi, time nak keluar tu sangkut kejap la psl. byk kete nak turun. Time tu la sementara tunggu dapat lepas dr. pintu nak keluar tu, sempat lagi snap gambo masjid dan jugak gambo warga2 bangla/indon yang datang bersolat naik lori...hihihih...



Lepas solat sunat raya, balik rumah...apa lagi, sesi fotografi...








Lepas sesi berfotografi, masuk dapur, masak spaghetti...itu je la yang aku tau masak pun. Mana la tau kut2 ada tetamu nak datang..at least, ada gak makanan nak dihidang. Bila dah siap, baru la snap gambar yang ada makanan atas meja tu hihihi..
Pukul 11.30am lebih kurang, settle masak dan kemas2 dapur.

Kat luar, hujan masih renyai-renyai...kitaorg lunch dgn nasi impit dan spaghetti je la. Sambil ngadap tv tengok apa yang ada....ada cerita ida nerina & yalal chin kat tv3. pastu pukul 1 ada program haji , mabrur.
Time ni takde buat apa seperti biasa la...on internet...surfing,facebooking,blogging.....1.30 solat zuhur jemaah dan sambung tengok tv balik...
Pukul 3pm lebih kurang, start marathon HEROES season 1...pinjam cd dr. azawan hari tu...baru hari ni sempat nak tengok...tu pun kitaorg tengok 2 episode je. Pasalnye..hehehe tiba2 terasa mcm. nak makan kek secret recipe..hihihi....
Apa lagi, ajak ashraf pegi IOI Mall....

Pukul 4 sampai IOI, trus direct gi jusco dulu, shopping2...tengok2 ashraf beli colar t-shirt sampai 4 helai. mentang2 smlm jam beli baju kurung 4 pasang...hari ni dia pun beli 4 helai t-shirt.....jam beli tudung swimming yg. memang dr. dulu target nak beli...baru dapat hari ni. Beli ni pun sebab khamis ni dah plan nak gi hotspring kat sg. klah hihihih...tak sabo ni.
Dlm kul 5, gi makan kek kat secret recipe...Amek kek mango dan apple cheese pie n caffe latte. Mmm...bila dah makan kek, takde le rasa best sgt pun...apple cheese pie pun rasa tak best...semacam je rasa bila makan cheese yang suam. Kalu cheese sejuk best leee...suam ni, buat rasa cam nak muak cepat je...



Pas makan kek, naik balik IOI mall, pasal baru teringat nak cari casing touch pro. Hari jumaat hari tu, casing original dah ilang...ntah tercicir kat opis kut. Ni nak kena beli lain, lgpun nak cari yang practical sikit. Dapat la yg half leather RM60 kat pda expert. then, dlm kul 6 balik rumah...

Sampai rumah, solat asar dan maghrib.....pastu dinner spaghetti dan nasi impit+ kuah kacang lagi huhuhuhuh...
Sambung balik blogging dan tengok tv..........
Esok lusa cuti lagi yuuuhuuuuuuu......best nya cuti seminggu.....
Habis la kut diari hari raya korban 1429.......Satu hari hujan renyai-renyai..dr. pagi sampai petang.

p/s: takziah pada mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa....

0 comments: