Friday, September 28, 2018

Sah sijil nikah di Pejabat Agama untuk umrah / haji.

Bagi wanita di bawah umur 45 tahun, mereka perlu membawa mahram ke Tanah Suci untuk menunaikan haji / umrah.
Jadi, beberapa dokumen diperlukan untuk memastikan mahram yang dibawa adalah mahram yang sah.

Untuk saya, saya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya.
Di mana? Berdekatan dengan masjid besi aka Masjid Tuanku Sultan Mizan.

Cari Blok D, Tingkat 2. Bangunan berhadapan dgn Menara Prisma. 

Alamat penuh seperti berikut:

Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, 
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100, Putrajaya.
No tel: 0388842600.
Koordinat: 2.917724,101.681222

Sila bawa sijil nikah asal bersama salinan yang nak disahkan. Tolong salin/fotostat dokumen sijil tersebut depan dan belakang ye. 

Sampai di kaunter tingkat 2 blok D. Anda boleh nyatakan maksud ke sana dan orang yg menjaga kaunter akan beri ada borang untuk diisi. 
Perlu isikan maklumat sijil nikah dan juga maklumat tentang tarikh umrah dan agensi yang menguruskan.

Setelah borang diisi, urusan pengesahan sekejap saja dan percuma.

 


0 comments: