Friday, September 19, 2008

Memori morning assembly


Mungkin ini kali terakhir aku menjejak kaki ke ruangan ini. Ntah tiba2 rasa mcm syahdu bila lalu kat sini. Dulu, kat sini la tiap2 pagi kami akan berkumpul dan berbaris menyanyikan lagu syarikat, membaca/mendengar falsafah syarikat yang dibacakan bergilir2 mengikut department. Dulu2 bila sampai turn ISD, masing2 akan sibuk cari artikel/ short stories kat internet buat modal nak cakap kat depan bila dah sampai giliran masing2. Org yang paling dulu sekali selalunya Ms.Wong lah pasal dia sentiasa well prepared dgn articles hehehehe....

Kalau org. lain mesti janggal dgn budaya kerja org jopun mcm ni....tapi, bila dah keje dan melalui semua tu, baru rasa sebenarnya byk +ve values yang kita boleh ambik dr. budaya syarikat jopun ni. Salah satunya, morning assembly ni menggalakkan kita bersenam sebelum memulakan tugas supaya badan sihat dan cergas, peringatan dari 7 prinsip pun menanam nilai2 murni utk setiap individu. Morning assembly ni jugak rasanya telah menjadi satu medium bagi merapatkan hubungan pekerja antara satu sama lain.

Syahdu gak bila ingat seme tu...

Lepas ni, taktau la bila pulak rasanya dapat datang sini. Kalau kitaorg tak kene pindah S.Alam, rasa2nya, sampai skrg aku masih dan rela untuk trus berkerja kat sini..Sedih bila tengok kat luar syarikat ni, dah ade papan tanda besar "FOR SALE". uwaaa...uwaaaa....
Hari ni aku dpt masuk ruangan ni pun sebab ade urusan psl berhenti kerja short notice hari tu.
Pasal semua urusan dah settle la aku rasa mungkin lepas ni aku xkan ada peluang lagi untuk datang sini. Anyway, kawan2 yang dulu sama2 bekerja kat sini pun dah byk yg membawa haluan masing2. Ada yang pindah ke S.Alam dan ade yg berhenti ambik VSS.

Aduh...sadis!!!!....

0 comments: