Wednesday, October 8, 2008

Diari Raya Ash n Jam 2008

Raya 2008 - Fotopages.com


Takde ape yg menarik raya tahun ni..Tahun ni dah kali ke 3 kami beraya berdua. Nak buat mcm mana , belum rezeki nak bertiga.

27/09/08 (27 Ramadhan 1429)
Kami bertolak pukul 4.30pagi dan singgah bersahur di Mc D puchong perdana. Kemudian singgah solat subuh di R&R Rawang. Masa tu kereta byk jugak kat sana, tapi dpt. gak parking. Then, teruskan perjalanan dan pukul 9 lebih, sampai di Parit Buntar. Puasa dan berbuka di kampung sampai hari isnin pagi..

29/09/08 (29 Ramadhan 1429)
Bertolak ke Alor Setar berbekalkan kuih kalakatar, tapai, pisang salai, pisang...fuh! seme makanan kampung sungguh!!! untuk bagi kat mak di Alor Star.
Hari ni berbuka agak special sikit dgn udang besar2 yg diimport oleh abg besaq dr. sabah...pantang operation seme lupa terus.

30/09/08 (30 Ramadhan 1429)
Shopping di Alor Star Mall, Tesco ...first time gi 2 tempat tu. Saja pegi sana pasal x sesak sgt time2 raya ni..Sempat gak shopping walaupun unplanned, habis gak duit bila sambar handbag baru..Ashraf pulak beli kemeja keje lagi.

01/10/08 (1 Syawal 1429)
Raya!!! Bermaaf-maafan & jumpa sanak saudara, sambut tetamu whole day...!!! Mak Alor Star order nasik beriani dan lauk pauk..itik golek...1st time rasa itik..

02/10/08 (2 Syawal 1429)
Jalan2 menziarah Chik, Pak Teh - tengok rumah baru, Ijam - tengok anak baru.
3pm, balik Parit Buntar..

03/10/08 (3 Syawal 1429)
Beraya di rumah je...mlm. bersembang dgn mak,udan,k.jue,imah sampai 12.30am...

04/10/08 (4 Syawal 1429)
9.30am, bergerak balik...singgah Cameron Highlands..fuh! best!..
Details bleh baca dan tengok di fotopages.


05/10/08 (5 Syawal 1429)
12.00pm bergerak balik Puchong....
3.00pm, beraya di Kota Damansara rumah Abg Hamzah dan K.Milah...
6.00pm, baru sampai rumah ku syurga ku di Bandar Bukit Puchong 2...waahhh..i miss my home...

Sekian diari raya Ash n Jam...jumpa lagi...

0 comments: